Saturday 7 May 2011

'Devils kian panas'


United sedia tembung Barcelona, Fergie tak takut reputasi lawan

LONDON: Mesejnya amat jelas - Manchester United tidak gentar berdepan Barcelona dalam final Liga Juara-Juara Eropah pada 28 Mei ini di Stadium Wembley.
“Saya tidak fikir kami akan ke Wembley dalam keadaan kurang keyakinan,” kata pengurus pasukan Sir Alex Ferguson.
“Saya fikir prestasi Barcelona begitu baik musim ini. Hakikatnya kami berdepan satu pasukan hebat. Tetapi kami tidak boleh ketakutan kerana itu. “

United mara ke final selepas membelasah Schalke 04 dengan keputusan 4-1 bagi agregat 6-1 di Old Trafford selepas saingan separuh akhir kedua.

Dua gol daripada Anderson termasuk satu masing-masing daripada Antonio Valencia dan Darron Gibson meletakkan United ke final Liga Juara-juara buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun dan sekali gus ulangan kepada episod sama di Rome pada 2009.



Sumber:bharian

Enam Lagi Pemain Dipanggil Untuk Skuad Olimpik



Lima lagi pemain daripada pasukan Harimau Muda A yang beraksi dalam Liga Super dan seorang pemain Johor FC  dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad Olimpik negara yang akan menentang Lebanon pada 19 Jun ini.
Mohd Ferris Daniel Mat Nasir, S.Sivanesan, A.Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan D.Saarvindran, serta Fandi Ahmad dari Johor FC akan menyertai 20 pelatih di bawah kendalian Ong Kim Swee untuk mencari tiket beraksi di Sukan Olimpik London 2012.
Selain Fandi, empat lagi pemain di luar pasukan Harimau Muda A yang membentuk skuad Olimpik ialah Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan, Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan) dan Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).
Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, skuad pelatih Olimpik akan melapor diri untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada 29 Mei.
Skuad itu kemudian akan beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad Olimpik Kemboja di Phnom Penh (7 Jun) sebelum menjalani latihan luar negara dengan menentang skuad Olimpik Qatar di Stadium Al Saad, Qatar, pada 13 Jun.
Skuad negara kemudian akan beraksi dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Olimpik menentang Lebanon di Stadium Sport City, Beirut pada 19 Jun sebelum menanti kunjungan lawan di ibu negara pada 23 Jun.
Skuad Olimpik negara melangkah ke pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0.
Malaysia kali terakhir layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Sumber: Bernama

Safee Sali Ajak Norshahrul Beraksi Di Luar Negara



Penyerang Pelita Jaya, Safee Sali nyata menyokong kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa untuk memberi peluang kepada penyerang The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha beraksi di luar negara.
Tidak dinafikan, Norshahrul antara pemain berkarisma yang dimiliki Kelantan ketika ini dimana sumbangannya banyak membantu pasukan itu memacu kejayaan.
Norshahrul begitu menyerlah dalam membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim lalu. Pemain kelahiran Terengganu ini juga antara tonggak utama ketika Malaysia menjulang kejuaraan Piala AFF 2010.
Bagi Safee, sekiranya Norshahrul diberi peluang untuk beraksi di luar negara musim depan, tidak msutahil dia mampu menyerlah dan membuktikan Malaysia mampu melahirkan pemain yang berkualiti.
"Kalau pendapat ikhlas saya, ia memang bagus untuk kerjaya dia dan bagus untuk perkembangan bola sepak di Malaysia.
"Ia membuktikan pemain Malaysia dipandang oleh pasukan luar negara," katanya.
Safee yang meledakan enam gol untuk Pelita Jaya, turut percaya cadangan FAM untuk kembali membawa pemain import dalam liga tempatan dapat memberi impak yang positif khususnya pemain muda.
"Pemain  import patut diadakan kembali kerana ia mampu memeriahkan Liga Super di Malaysia. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada pemain muda," tambah Safee.
Sementara itu, Safee Sali akan bersama Pelita Jaya menentang PSPS Pekan Baru, 28 Mei depan dalam Liga Super Indonesia.
Sumber: D5 Sport.

Friday 6 May 2011

Video "Pujian Penyokong Pelita Jaya Pada Safee Sali"



Wartawan Astro Arena Di Kerawang Pelita Jaya menyaksikan sendiri penerimaan dan pujian penyokong Pelita Jaya terhadap Safee Sali

Kaka Bakal Di Jual


Real Madrid akan melakukan rombakan di musim panas ini. Senarai pemain yang akan dijual dimana nama Ricardo Kaka juga termasuk dalam senarai Los Blancos.


Kehadiran Kaka di Santiago Bernabeu dianggap tak bermakna bagi kelab ibu kota Sepanyol ini. Madrid sedia melepas bintang Brasil ini dengan harga yang sesuai. Keputusan untuk menjual Kaka ditentukan selepas Jose Mourinho, presiden Florentino Perez, penasihat kelab Zinedine Zidane dan wakil presiden Jose Angel SanchezSelain Kaka, empat nama yang juga termasuk dalam senarai untuk jual Los Blancos, Penjaga gol Jerzy Dudek, Pedro Leon, Sergio Canales dan Fernando Gago.


Madrid juga telah senarai dua nama pemain yang akan di beli pada musim panas ini ialah pemain sayap Espanyol Jose Callejon dan Nuri Sahin dari kelab Borussia Dortmund.

Ferguson: Yakin MU Muncul Juara!


Sir Alex Ferguson percaya semangat yang ada dalam pemain Manchester Untied menjadi kunci kepada kejayaan mereka untuk merangkul Liga Perdana dan Liga Juara - Juara Eropah musim ini. 


United dilhat memulakan musim dengan kurang membarangsakan walaupun berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tempoh yang panjang. Namun, mereka membuktikan bahawa mereka adalah pilihan utama untuk menjuarai gelaran liga buat kali ke-19 dan Juara - Juara Eropah. "Kamu hanya perlu menggunakan pengalaman kamu," kata Ferguson. "Nasib baik saya mempunyai staf dan pemain yang sudah lama bersama saya. Kami tahu bagaimana mahu menghadapi situasi ini."

Essien Ke AC Milan


Agen Michael Essien memaklumkan pemain tengah Chelsea itu dikaitkan dengan perpindahan ke AC Milan musim panas ini. Pengurus Milan, Massimiliano Allegri percaya Essien adalah pemain utama yang paling dikehendaki untuk perpindahan musim panas ini bagi menguatkan lagi bahagian tengah untuk bersaing dalam Liga Juara -Juara, tawaran dijangka akan dipertimbangkan ssebanyak £18juta.

FAM "RM500.000 Atau Lupakan Aksi Kelab Gergasi EPL"



Tanggung kos penangguhan pembaikan trek sehingga RM500,000 dan Stadium Nasional, Bukit Jalil boleh dibuka semula untuk menyambut kehadiran tiga kelab gergasi Liga Perdana England (EPL)!

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenakan syarat itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya masih berhajat melangsungkan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan Liverpool, Arsenal dan Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Julai ini.

Beliau berkata, Kementerian juga sedia mengatur penangguhan dan penjadualan semula kerja pembaikan trek dengan pemiliknya, Perbadanan Stadium Merdeka tetapi menegaskan tidak dapat membiayai kos berkenaan kerana akan dianggap membazirkan wang rakyat.

"Perbadanan juga menghadapi masaalah kewangan. Saya memang teringin menyaksikannya di Stadium Nasional kerana di situlah paling layak melangsungkannya tetapi kerja pembaikan sudah dimulakan dan memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk siap.

"Kalau kita hendak tanggung juga kosnya, program pembangunan atlet pula bakal terpaksa dikorbankan. Kecuali FAM sedia menanggung kos di stadium itu, yang lain saya rasa tiada masalah.

"Sebelum ini, ia sudah pun ditangguhkan beberapa kali termasuk bagi memberikan laluan kepada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF dengan Indonesia, Disember lalu," katanya selepas pelancaran lagu tema dan maskot Sukan Malaysia XIV Kuala Lumpur 2011 di Menara KBS di sini, semalam.

Kelmarin FAM mengesahkan kehadiran ketiga-tiga gergasi EPL namun hanya perlawanan anak buah K. Rajagobal dengan Chelsea sudah ditetapkan 21 Julai ini sedangkan tarikh menentang Liverpool dan Arsenal hanya diketahui minggu depan dan gelanggangnya belum dapat dipastikan.

Antara gelanggang alternatif yang dijangkakan bagi tiga persahabatan dengan kelab yang memiliki ramai peminat setia di Malaysia itu ialah Stadium Shah Alam, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan Stadium Petaling Jaya.

Sumber: Utusan

Thursday 5 May 2011

MU Ke Final Juara Juara Eropah


MU berpesta gol apabila menundukan Schalke 4-1 pada separuh akhir kedua Juara Juara Eropah, MU bakal bertemu Barca pada pertandingan akhir Juara Juara Eropah di Wembley pada 25 Mei ini. Gol MU di jaringkan oleh Valencia 26', Gibson 31', dan Anderson 72'&76' sementara itu gol Schalke di jaringkan Jurado 35'.

Pada perlawanan akhir Juara Juara Eropah kali ini mengimbas kembali pada pertandigan akhir 2009 Juara Juara Eropah di Roma apabila Mu di tundukan oleh Barca. Pada Perlawanan tersebut Barca menjadi juara, adakah MU akan membalas dendam! nanti perlawanan akhir Juara Juara Eropah di Wembley 25 Mei 2011 di antara Manchester United bertemu Barcelona...

Safee Sali Semakin Popular Di Tv Indonesia

Nama Safee Sali kini menjadi sebutan di Indonesia, setelah berjaya mengubah kedudukan Pelita Jaya dari tangga 14 ke tangga 11 Liga Indonesia, beliau menjaringkan 6 gol hasil dari 8 perlawanan. Jaringan serta kelincahan beliau kini di geruni pihak lawan, kesungguhan beliau mempamerkan permainan yang bermutu menjadi perhatian peminat Pelita Jaya. Malahan kini Safee Sali semakin popular di tv Indonesia, beliau telah di jemput dalam rancangan yang di terbitkan Trans7 iaitu Opera Van Java, Bukan Empat Mata dan Ups!!! Salah Sambung.

Opera Van Java

Bukan Empat Mata

Ups!!! Salah Sambung


Wednesday 4 May 2011

Giggs Bintang MU Sepanjang Zaman

1991
                                       

1992
                                       

1993
                                       

1994
                                       

1995
                                       

1996
                                       

1997
                                       

1998
                                       

1999
                                       

2000
                                       

2001
                                       

2002
                                       

2003
                                       

2004
                                       

2005
                                       

2006
                                       

2007
                                       

2008
                                       

2009
                                                   

2010
                                                   

2011
                                                   

Irfan Bakti / Abdul Rahman Pernah Menjadi Jurulatih Di Liga Indonesia


Irfan Bakti atau nama penuhnya Irfan Bakti Bin Abu Salim merupakan seorang jurulatih pasukan bola sepak yang dilahirkan di negeri Kelantan Darul Naim. Beliau pernah mewakili pasukan negeri kelahirannya, P.B Kelantan dan juga pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kemudiannya beliau menceburi bidang kejurulatihan dan telah melatih beberapa kelab bola sepak di Malaysia, antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Telekom Melaka serta pernah menjadi penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Pada Feb 2007 beliau memegang jawatan selaku ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu "Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura" atau ringkasnya, Persipura.




Tuan Haji Abdul Rahman Ibrahim merupakan jurulatih bola sepak Malaysia. Beliau pernah membimbing beberapa pasukan di Liga Malaysia seperti SelangorPerlis serta PKNS. Beliau juga pernah membimbing Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada tahun 1998 sehinggalah 2000. Pada Mei 2007 beliau pernah menjadi jurulatih sebuah kelab di Liga Indonesia, Deltras Sidoarjo.


Kedua-dua jurulatih ini adalah nama besar didalam arena bola sepak Malaysia. Sebelum perpindah Safee Sali Ke Liga Indonesia, Kedua-dua jurulatih ini terlebih dahulu mencipta nama di Liga Indonesia bersama kelab masing-masing Peripura dan Deltras Sidoarjo. Salute!


Imbasan Lagenda.

Barca Ke Final


Barcelona menepati ramalan apabila layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menyingkirkan Real Madrid dengan kemenangan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada saingan kedua separuh akhir di Stadium Camp Nou, dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah.

Pada pertemuan kedua itu, Barca yang mempunyai kelebihan dua gol di tempat lawan minggu lalu mendahului menerusi jaringan Pedro Rodriguez pada minit ke-54.

Carragher: Suarez Inspirasi Kejayaan Liverpool


Jamie Carragher, memuji rakan sepasukannya, penyerang Luiz Suarez, adalah inspirasi kejayaan Liverpool pada lima pertandingan terakhir di Premier League. 


Liverpool mencatatkan tiga kemenangan dan satu seri dalam lima perlawanan tersebut " Selalunya pengurus merupakan orang pertama dan layak mendapat pujian. Namun, baginya, Luis Suarez sangat istimewa," ujar Carragher.

Safee Sali Di Wawancara Wartawan Kompas.com Indonesia


Imbasan kembali dari beberapa petikan wawancara Safee Sali bersama wartawan Kompas.com iaitu Ferril Dennys Sitorus dan fotografer Kristianto Purnomo, pada (17/2/2011)


Wartawan Kompas.comKamu membuat keputusan berani memilih Pelita. Apa yang mendasari keputusan itu?


Safee Sali: "PJ sebuah klub besar. Saya mengikuti perkembangan PJ di internet dan saya juga mengikuti perkembangan klub lain juga di internet. Saya tengok Roger Milla dan Mario Kempes pernah bermain di sini. Fandi Ahmad pernah menjadi juru latih di sini. Itu yang membuat saya lebih tertarik."


Wartawan Kompas.comApakah karena uang kamu akhirnya memilih Pelita?


Safee Sali: "Enggak! Enggak, yah! Bukan semata-mata karena uang. Saya mau belajar sesuatu di sini. Sebab, saya tengok, di sini mempunyai suatu liga yang tarafnya lebih tinggi dari liga Malaysia dari segi rangking AFC. Kalau melihat rangkingnya, Indonesia berada di peringkat kedelapan. Malaysia peringkatnya jauh ke bawah. Indonesia di bawah Jepang. Di atas Indonesia, liga Australia."


Wartawan Kompas.comSetelah kamu memutuskan hijrah ke Indonesia, Federasi Sepak Bola Malaysia (FAM) meminta kepada pemain lain untuk bertahan guna meningkatkan kualitas liga Malaysia. Apa pendapat Anda soal ini?


Safee Sali: "Saya kurang setuju. Mereka tidak melihat lebih mendalam liga Indonesia ini. Padahal, Indonesia memiliki (jatah) lima pemain import, sedangkan di Malaysia tidak ada. Persaingan lebih kuat daripada Malaysia. Saya tidak setuju dengan pendapat daripada FAM itu sendiri karena di sini adalah suatu permulaan untuk belajar."


Wartawan Kompas.comTarget pribadi bersama Pelita?


Safee Sali: "Pertama kali saya ingin membantu PJ naik ke urutan yang baik dalam liga. Terlebih, saya ingin menciptakan satu gol di setiap pertandingan."


Wartawan Kompas.comBagaimana soal intimidasi yang kemungkinan akan kamu dapatkan pada setiap pertandingan? Kamu siap menghadapi intimidasi tersebut?


Safee Sali: "Saya hanya ingin bermain sukan demi semangat kesukanan. Hanya ingin menang. Bagi saya, perasaan emosinal perlu diketepikan. Sebab, kita satu rumpun. Kita harus menjalin persahabatan yang baik antara Indonesia dan Malaysia. Saya berharap tidak ada isu lain yang perlu dibangkitkan."


Wartawan Kompas.comBermain di Indonesia, apakah impian Anda?


Safee Sali: "Impian saya bermain di luar daripada Malaysia terutama di Indonesia. Bagi saya bermain di Indonesia merupakan penghargaan yang bagus. Saya pun boleh menjalankan persahabatan dengan Indonesia."


Wartawan Kompas.comSebetulnya, apa yang kamu cari dari sepak bola Indonesia?


Safee Sali: "Sebagai langkah permulaan saya. Indonesia dengan Malaysia tidak jauh beda dari bahasa, segi budaya, segi makanan. Saya pikir kalau saya ke sini, saya boleh menjalin persahabatan Indonesia-Malaysia karena kita adalah satu rumpun. Saya mau ke sini karena suasana tidak jauh berbeda dengan Malaysia."

sumber: Kompas.com.


  

Tuesday 3 May 2011

Senarai 20 Penjaring Indonesia Super League


Senarai 20 Penjaring Di Dalam Indonesia Super League: 03 May 2011

Penjaring                           Kelab                                   Gol

B. Solossa                         Persipura                                 20


E. Wilson                           PS Semen Padang                   18


K. Adachihara                     Bontang PKT                           14


Julio Lopez                         Persisam Putra Samarinda        13


B. Pamungkas                    Persija Jakarta                          11


F. Barreto                           Persiba Balikpapan                   11


F. Sinaga                           Persiwa Wamena                      11


Cristiano Lopez                   Deltras Sidoarjo                        10


H. Epandi                           PSPS Pekanbaru                      10


Marcio Souza                     Deltras Sidoarjo                         10


N. Alam Shah                     Arema                                       9


E. Boakay                          Persiwa Wamena                       8


B. Sudarsono                     Sriwijaya                                    8


J. Sasongko                       Pelita Jaya                                 7


G. Nwokolo                        Persija Jakarta                            7


M. Muhamad                      Arema                                        7


R. Chemelo                        Arema                                        7


L. Mandowen                      Persipura                                    7


Safee Sali                        Pelita Jaya                                 6


Danilo                                Deltras Sidoarjo                           6 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...