Thursday 19 May 2011

Fahmi Harus Beraksi Di Liga Luar


Bekas penjaga gol Kelantan, Halim Napi memberikan cadangan dan nasihat kepada Khairul Fahmi Che Mat supaya beraksi di liga seberang jika ada kelab berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Bagi saya, Fahmi tidak boleh menolak sebarang tawaran yang diterimanya kerana ia mampu memberi pengalaman dan suasana baru kepadanya sebagai penjaga gol utama pasukan kebangsaan.”
“Peluang beraksi dengan pasukan luar perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan ia satu suasana yang berbeza berbanding beraksi di liga tempatan. Langkah bermain dengan pasukan luar juga secara tidak langsung dapat memberi kesan kepada mutu permainan skuad kebangsaan,” katanya.

Pengadil Malaysia Pertama Di Liga Super Indonesia



Suhaizi Shukri terpilih menjadi pengadil pertama dari Malaysia yang akan mengadili sebuah perlawanan di Liga Indones ia. Suhaizi akan mengadili perlawanan pertamanya di antara Persija Jakarta dan Persiba Balikpapan petang ini di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan.
Suhaizi yang sampai ke Jakarta semalam menemui FA Indonesia (PSSI) di sebelah petangnya untuk mesyuarat bersama dengan pihak pengurusan PSSI.
Ketika ditanya bagaimana perasaannya ketika ini beliau lantas melontarkan kegembiraanya berada di Jakarta.
“Saya sangat selesa dengan suasana di sini (Jakarta), ia kelihatan sangat menakjubkan dengan sambutan peminat dibandingkan dengan suasana di Liga  Malaysia.”
Selain Suhaizi, sebelum ini juga PSSI pernah menggunakan khidmat Nik Ahmad Yaakab untuk memastikan perjalanan proses bahagian teknikal pengadilan berjalan lancar.
PSSI menggunakan khidmat beberapa pengadil dari luar negara bertujuan untuk meningkatkan mutu dan standard liga secara keseluruhannya.

Tiket Chelsea Tour Akan Mula Dijual 20 Mei Ini


Tiket bagi perlawanan pertunjukan di antara Malaysia XI menentang Chelsea akan mula dijual 20 Mei ini di cawangan Adidas terpilih seluruh negara. Pembelian tiket bermula dari tarikh 20 Mei hingga 29 Mei akan mendapat pass khas untuk menyaksikan sesi latihan Chelsea di Kuala Lumpur.


Harga tiket akan dibahagikan kepada 4 iaitu RM58, RM68, RM108 dan untuk VIP pada harga RM388. Selain pergi ke cawangan Adidas terpilih, tiket juga boleh dibeli melalui talian hotline 03-788 07 999 atau membeli secara dalam talian di www.TicketPro.com.myMalaysia XI akan menerima kunjungan gergasi bola sepak Inggeris, Chelsea pada Khamis, 21 Julai 2011 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Wednesday 18 May 2011

"Cristiano Ronaldo"


Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro, umumnya dikenali sebagai Cristiano Ronaldo, adalah bintang Portugal yang bermain bersama kelab La Liga Sepanyol Real Madrid dan adalah kapten pasukan kebangsaan Portugal. 


Ronaldo adalah pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak selepas berpindah dari Manchester United ke Real Madrid dalam perjanjian pemindahan bernilai £ 80.000.000 ( 94m, US $132m). Selain itu, kontraknya dengan Real Madrid, di mana ia perlu dibayar £ 11.000.000 setiap tahun selama enam tahun berikutnya. 

"Kehadiran Safee Sangat Dinantikan" :Rajagobal



Keputusan Pelita Jaya melepaskan penyerang sensasi negara, Safee Sali memberi perkhabaran gembira buat jurulatih kebangsaan, K.  Rajagobal untuk menambah bisa jentera serangan Malaysia.
Bagi Rajagobal, pelepasan Safee sememangnya memberikan impak kepada jentera serangan negara yang kebelakangan ini amat memerlukan sentuhan penjaring  terbanyak Piala AFF Suzuki itu.
"Kehadiran Safee sangat dinantikan dan memberi kelegaan terutamanya dibahagian serangan yang memerlukan sentuhan berbisa," ujar Rajagobal.
Menyedari tugasan Safee di Pelita Jaya amat diperlukan, jelas Rajagobal bukan niatnya untuk menggangu perjalanan Safee di dalam Liga Super Indonesia namun  skuad negara lebih memerlukan khidmatnya.
Pelepasan penuh kelab Pelita Jaya buat Safee akan bermula penghujung Julai depan dan ini memudahkan Rajagobal menumpukan perhatian menghadapi pertembungan  kelayakan Piala Dunia sebelum Safee kembali ke pangkuan kelabnya untuk latihan pra musim pada Oktober.
Walaupun Safee hanya memiliki tempoh satu hari untuk menjalani latihan bersama , bagi penggendali negara itu ia sudah cukup untuk Rajagobal menilai prestasi  Safee sebelum berangkat ke Hong Kong untuk pertemuan persahabatan pada 31 Jun depan.
Sementara Safee bersama pasukannya Pelita Jaya akan berdepan PSPS Pekanbaru dalam perlawanan Liga Super Indonesia pada 28 Mei.

Platt: "City Perlu Beli Pemain Berkualiti"


MENEMPUH minggu paling berjaya dalam sejarah Manchester City, pembantu jurulatih pasukan itu David Platt beranggapan kelab itu sepatutnya mula meninjau pemain terbaik dunia. City yang menjuarai Piala FA sabtu lalu dan menamatkan penantian 35 tahun tanpa trofi, turut menempah slot ke saingan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Spurs, Selasa lalu.


Dan skuad Roberto Mancini mampu memintas Arsenal di tangga ketiga Liga Perdana andai mereka menewaskan Stoke dalam perlawanan terakhir musim, seterusnya mengelak pusingan play-off dan terus beraksi dalam peringkat kumpulan saingan tertinggi kelab Eropah itu.


Dengan pelaburan mencecah 300 juta pound (RM1.4 bilion) sejak 2008 serta pemain berkaliber seperti Carlos Tevez, Edin Dzeko dan Yaya Toure, Platt berasakan City kini mampu menarik nama lebih besar termasuk Kaka yang pernah menolak tawaran 100 juta pound (RM480 juta) pada 2009, sekali gus meningkatkan kualiti pemain di Eastlands musim depan. 

“Memenangi sesuatu dan lebih penting dapat merebut tempat ke Liga Juara-Juara membuatkan City kini mempunyai daya tarikan di kalangan pemain. 

“Harap-harap kami berjaya musim panas ini tetapi perlu mensasarkan pemain yang boleh menambah kualiti dan keseimbangan,” kata Platt.

Tuesday 17 May 2011

"Penyerang Harus Atasi Kegugupan Depan Pintu Gol"

Situasi ini lah yang selalu terjadi pada penyerang-penyerang dalam liga malaysia kelemahan di depan pintu gol, yang perlu diatasi sikap kegugupan. Apabila beraksi di Liga Super sikap permainan yang profesional harus di tunjukkan bukan dengan kegugupan ataupun emosinal.

Malaysia mempunyai ramai penyerang muda yang berbakat tetapi phobia yang dihadapi sekarang ini kegopohan, kegugupan, dan penyudahan yang tidak sempurna. Pekara ini harus diambil serius oleh penyerang-penyerang muda negara. Penyerang harus ambil contoh seperti lagenda Mokhtar Dahari, Isa Bakar, Zainal Abidin, Dollah Salleh, Hassim Mustaffa, Azman Adnan dan ramai lagi penyerang legenda negara bagaimana penyudahan gol didalam kelas tersendiri...

Barcelona Menjulang Trofi La Liga 2010/11



BARCELONA berpesta di Nou Camp apabila secara rasmi menjulang trofi kejuaraan La Liga musim ini selepas perlawanan menentang Deportivo La Coruna, semalam.

Walaupun seri tanpa jaringan dalam perlawanan tersebut, pesta meraikan kejayaan menjulang trofi kejuaraan domestik ketiga berturut-turut itu, tetap meriah.

Para pemain Barca mengarak trofi kejuaraan ke-21 La Liga di depan lebih 70,000 penyokong setia kelab Catalan itu.
Barca, yang mengesahkan kejuaraan La Liga Rabu lalu, berpeluang menambah satu lagi kejuaraan apabila mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United pada 28 Mei ini.

Pertemuan Akhir FA "Dua Gergasi Pantai Timur"



Kelantan dan Terengganu secara rasmi mengesahkan pentas perlawanan akhir Piala FA musim ini selepas tidak berdepan masalah mengatasi lawan masing-masing secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua semalam.

Di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan yang sudah sebelah kaki ke perlawanan akhir selepas membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama, tetap beraksi dengan penuh bersemangat untuk seri 1-1.
Keputusan itu memastikan kemaraan mereka ke final pada 21 Jun ini dengan agregat selesa 6-2.

Skuad The Red Warriors yang turun tanpa lima pemain utama termasuk penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha tetap mempamer aksi garang bagi menyekat kebangkitan Selangor. Serangan bertali arus yang diketuai oleh bekas penyerang kebangsaan, Mohd. Khalid Jamlus dan pemain muda, Ramzul Zahini Adenan akhirnya membuahkan hasil pada minit kesembilan menerusi Mohd. Shakir Shaari yang menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd. Iqbal Suhaimi. Selangor yang semakin berputus asa, akhirnya mendapat gol sagu hati melalui Rudie Ramli pada minit ke 78, hasil hantaran lintang Amri Yahya.

Lawan Kelantan pada pentas final nanti, Terengganu juga cemerlang apabila gah dengan agregat 5-2 selepas mengalahkan Pahang 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu. Kemaraan ke final pada musim ini menamatkan penantian tujuh Terengganu, disempurnakan menerusi jaringan penyerang lincah pasukan tuan rumah Abdul Hadi Yahaya dan pemain gantian, Mohd. Ailimi Fahmi masing-masing pada minit ke-36 dan ke-86.
Jaringan Abdul Hadi dihasilkan menerusi sepakan penalti setelah dia dijatuhkan penjaga gol Pahang, Mohd. Rosfaizul Azuar Ali di dalam kotak penalti.

Terengganu pernah menjulang Piala FA apabila mengalahkan Pulau Pinang pada perlawanan akhir 2000.
Kejayaan itu turut dikongsi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang turut hadir menyaksikan perlawanan bersama kira-kira 18,000 penonton.

Monday 16 May 2011

Cristiano Ronaldo Menyamai Rekod Hugo Sanchez


Cristiano Ronaldo membantu Real Madid menewaskan Villareal 3-1, hasil jaringan 2 gol Ronaldo sekaligus meletakkan nama nya sebaris bintang lagenda Real Madrid (Hugo Sanchez 1989/90) dan (Athletico Bilbao Telmo Zarra 1950/51) rekod jaringan sebanyak 38 gol.

Meski pun Real Madrid tidak menjuarai La Liga pada musim ini, Namun Piala Copa Del Rey (Piala Raja Sepanyo) telah menjadi milik Real Madrid apabila menewaskan Barcelona 1-0 pada perlawanan akhir.

Terengganu Semakin Hampir


Terengganu semakin hampir untuk menamatkan penantian kemarau selama 10 tahun untuk mengucup sebarang trofi. 

Namun, Irfan Bakti belum terasa bahang perlawanan akhir Piala FA sambil menegaskan anak-anak buahnya masih memiliki setidak-tidaknya baki 90 minit untuk diharungi. 

Terengganu dilihat berada sebelah kaki di pentas akhir susulan kemenangan 3-2 ke atas Pahang Sabtu lalu serta turut memiliki kelebihan berdasarkan jaringan di tempat lawan. 

Sungguhpun ketinggalan 2-0, Sang Penyu nyata tidak mudah patah semangat apabila bangkit menghukum kealpaan benteng pertahanan Tok Gajah untuk membawa bekalan beraksi di stadium keramat, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu. 

Tegasnya, apa yang telah dilalui pasukannya sebagai satu pelajaran serta mengingatkan para pemainnya agar tidak mengambil ringan cabaran Pahang tanpa dipengaruhi kedudukan Liga Super jika mereka berhasrat untuk mengulangi pencapaian 2000

Penyerang skuad Peteh, Abdul Hadi Yahya yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan kembali menjadi tumpuan utama dalam pertemuan kedua selepas beraksi agak hambar sebelum ini.

"Safee Kesuntukan Masa"



Penyerang berbisa, Safee Sali yang kini bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya hanya memiliki satu hari untuk mengikuti sesi latihan bersama skuad negara sebelum berlepas ke Hong Kong bagi perlawanan persahabatan pada 3 Jun depan.

Tempoh singkat itu bukanlah persediaan terbaik buat Safee yang dijangka tiba di Malaysia pada penghujung Mei, selepas pertemuan dengan pasukan ditangga kesepuluh liga Indonesia, PSPS Pekan Baru.
Bagaimanapun Safee masih menunggu kata putus Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tarikh tiket penerbangan pulang ke Malaysia yang akan diaturkan badan induk itu.
Dengan jadual yang ketat, Safee perlu pulang ke Jakarta dari Hong Kong bagi menghadapi misi penting Pelita Jaya untuk menentang pasukan ditangga ketiga liga, Persija Jakarta pada 5 Julai.
Namun, menurut Naib Presiden FAM, Mohd Hamidin Mohd Amin, Safee tidak mempunyai masalah besar untuk bersama skuad negara mengharungi aksi persahabatan antarabangsa dengan tiga gergasi eropah iaitu Chelsea pada 13 Julai, Liverpool (16 Julai) dan Arsenal (21 Julai).
"Pihak presiden sudah maklumkan kepada saya, sejurus habis perlawanan liga iaitu penghujung bulan Jun, mereka membenarkan Safee untuk menjalani latihan kebangsaan di Malaysia," katanya.
Safee sebelum ini memberitahu dia benar-benar berazam mahu membantu kelab Pelita Jaya untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Super Indonesia.

Sunday 15 May 2011

Manchester United Juara Liga Perdana Inggeris Ke19



Manchester United menjulang mahkota Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19 selepas perlawanan menentang Blackburn Rovers di Stadium Ewood Park terikat 1-1.
United yang hanya memerlukan satu mata untuk merampas gelaran tersebut daripada Chelsea, direalisasikan oleh Wayne Rooney apabila penyerang kelahiran England itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-73.
Penalti tersebut dihadiahkan untuk United selepas penjaga gol Blackburn, Paul Robinson dipersalahkan kerana menjatuhkan Javier Hernandez di dalam kotak penalti.
Terdahulu, pemain kelahiran Australia Brett Emerton mencemaskan United setelah menjaringkan gol di minit ke 20 untuk Blackburn.
United mengungguli Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan tujuh mata di depan Chelsea yang masih berbaki dua perlawanan.
Ia adalah gelaran kali ke-19 dimiliki united, sekaligus mengatasi Liverpool (18 kali).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...