Sunday 3 February 2013

Satu Pulang, Dua Pergi


Jika Nazmi Faiz pulamg dari Portugal untuk sertai PKNS FC di Liga Super, dua pemain negara Wan Zack Haikal (Harimau Malaya) dan Wan Zahrulnizam (Harimau Muda A) dijangka akan menyertai FC Ryukyu Jepun april ini selepas ditawarkan kontrak 2 tahun.

Jurulatih Ong Kim Swee, berkata tawaran kontrak selama 2 tahun itu dibuat sendiri kelab berkenaan kepada kedua-dua pemain itu tanpa melalui ejen. Kedua-dua pemain yang berusia 22 tahun itu pernah pernah menjalani latihan permilihan di Okinawa, Jepun selam 2 minggu Julai 2012...

Akhirnya Nazmi Faiz bersama PKNS FC


Nazmi Faiz tidak akan kembali ke Portugal, beliau akhirnya menjadi milik PKNS FC selama 3 tahun. Kes Nazmi tiada kaitan dengan hal peribadi atau kisah cintanya.. Dikhabarkan ia adalah tidak serasi dengan kelab Beira Mar dan beliau tidak diberi peluang beraksi bersama kelab utama....




Tuesday 31 July 2012

Tour Arsenal & Manchester City 2012 Malaysia


Salam sahabat2, dah lama tak update blog Dunia Bola Ruyzal hari ini ingin mengulas mengenai Tour Arsenal & Manchester City ke Malaysia. Perlawanan persahabatan Malaysia menentang kedua2 gergasi dari English Premier adalah bagi persiapan menjelang Piala AFF suzuki Cup 2012.

Apabila setiap kali perlawanan menentang kelab dari gergasi English Premier apa yang terlintas di kepala adalah inginkan kemenangan ataupun persembahan yang hebat dari skuad Harimau Malaya, Namun ia bukanlah mudah untuk dicapaikan atau pun diimpikan.
Kita berhadapan dengan pemain2 yang berharga jutaan ringgit perestasi yang begitu tinggi terlalu jauh beza dengan kita tapi bukanlah halangan bagi kita! apa yang kita inginkan dalam perlawanan persahabatan menentang gergasi dari English Premier ini ialah pengalaman dan menimba ilmu daripada pemain yang berstatus jutaan ringgit.

Pada perlawanan pertama menentang Arsenal lalu kita tewas 2-1 sesuatu yang boleh dibanggakan kerana corak permainan Harimau Malaya boleh dikatakan terbaik kerana banyak menyerang tanpa bertahan kita mendahului Arsenal 1-0 sepanjang 86' minit sesuatu yang tidak dijangkakan, namun penyakit lama berulang kembali kelekaan dan kesilapan pertahanan Harimau Malaya mengundang padah pada minit 87' pintu gol kita ditembusi. Selang 3 minit kemudian sekali lagi pintu gol digegarkan itulah padah apabila kelekaan pada minit2 terakhir.

Perlawanan kedua menentang Manchester City pada 30/7/12 benar2 memberi ujian yang sangat berat buat skuad Harimau Malaya, kerana Manchester City adalah Juara English Premier League. Skuad kita bermula dengan bergitu berhati2 namun dengan skill yang tinggi dari Aguero dan Teves benar2 tidak dapat disekat kerana kedua2 pemain2 ini begitu hebat untuk ditandingi, begitu mudah Aguero menewaskan 6 pertahanan Harimau Malaya untuk jaringan pertama. Kita tewas 1-3 kepada Manchester City.

Walaupun kita tewas kedua2 perlawanan bukanlah erti kita harus menyerah kalah tapi kita perlu mengambil iktibar serta pengajaran dan pengalaman semoga pemain2 kita akan lebih bersedia pada perlawanan yang sebenarnya iaitu pertandingan Piala AFF Suzuki pada Nov ini misi mempertahankan kejuaran... "Selamanya Harimau Malaya"

Thursday 17 May 2012

Muhd Ariff Zulkifly diintai Luton Town FC England


SELEPAS mengambil keputusan untuk menandatangani kontrak setahun bersama kelab Island Bay United (IBU) untuk beraksi dalam Liga Perdana New Zealand Central, karier Muhd Ariff Zulkifly semakin cerah di luar negara. 
Ini kerana pemain berusia 19 tahun itu dikhabarkan turut memikat kelab Liga Conference England, Luton Town FC seperti yang maklumkan Akademi Bola Sepak Ole, tempat Muhd Ariff menjalani ujian percubaan sebelum ditawar kontrak oleh IBU.
“Ariff akan pulang hari ini (semalam) ke New Zealand semula selepas berada di sini selama tiga minggu untuk menguruskan segala perkara membabitkan dirinya. Dia akan mula beraksi di Island Bay United selepas ini dan kontraknya dijangka tamat pertengahan musim depan.

“Sebagai pihak yang bertanggungjawab membawanya mencuba nasib di luar negara, kami berasa amat berbangga dengan langkah pertama Ariff ini.
“Ternyata langkah beraninya membuahkan hasil kerana pada masa sama kami dimaklumkan oleh pihak akademi, dia berjaya memikat kelab Luton Town FC.
“Cuma ketika ini, belum ada lagi tawaran rasmi daripada kelab itu. Jika benar dia ditawarkan untuk bermain di sana (Luton Town FC), kami amat berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan Ariff lagi,” kata Pengurus Penajaan dan Aktiviti Mamee Double Decker (M) Bhd, Sharszany Shahry Abu Shahriman ketika ditemui semalam.

Aksi Nazmi Faiz Bersama SC Beira-Mar Portugal


Mengikut beberapa sumber, Nazmi Faiz hampir pasti akan bermain utk skuad SC Beira-Mar 
musim depan


Pengarah pengurusan bolasepak antarabangsa, Marco Guimares berkata, "Impian Nazmi 
untuk bermain di skuad senior sgt cerah. Kami sedang memeriksa dan sedang dalam proses 
memuktamadkan butir-butir penting Nazmi di Portugal. Dan kemungkinan Nazmi akan
menandatangani kontrak pra bersama SC Beira-Mar."


Nazmi Faiz dibenarkan untuk menandatangi kontrak senior bersama kelab baru selepas 
berumur 18 tahun iaitu pada 16 Ogos ini, jika mengikut peraturan FIFA. Awal tahun ini,
Nazmi telah menaruh harapan yang tinggi utk bermain di salah satu kelab eropah namun
tidak kesampaian akibat dari syarat-syarat disana yg begitu ketat.


Melihat dari kenyataan SC Beira-Mar ini, mereka seperti mahu mengambil Nazmi sebagai
pemain mereka satu hari nanti. Mungkin musim depan, atau musim seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...