Friday 24 June 2011

"Melakar Kejayaan"


"Harimau Muda Malaya kini berada ditahap yang sebenarnya, era kegemilangan kini kembali transfomasi dalam kelas yang tersendiri. Walaupun di dalam situasi tekanan tetap berjuang tidak mengenali erti putus asa, sejarah kembali tercipta penantian hampir 31 tahun telah terbukti! Debaran kian memuncak seluruh rakyat Malaysia melihat ngaunman sang Harimau Muda Malaya


Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor memastikan Malaysia mara ke saingan peringkat kumpulan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 selepas jaringan mereka menumpaskan Lebanon 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.


Kedua-dua gol yang hadir seawal minit ketujuh dan minit 40' itu turut membawa skuad Harimau Muda Malaya bimbingan Ong Kim Swee menang 2-1 secara agregat setelah terikat tanpa jaringan di Stadium Sports City, Beirut, Ahad lalu. Tuan rumah  menunjukkan sentuhan siapa sebenarnya yang lebih tepat dalam gerakan penyudahan apabila membuka tirai gol hasil rembatan kaki kanan Mohd. Irfan Fazail.


Minit ke-30 menyaksikan Wan Zack Haikal Wan Nor pula melepaskan peluang keemasan dengan rembatan yang tersasar daripada umpanan leret cantik Gurusamy Govandar Kandasamy yang mengatasi dua pemain pertahanan lawan. Stadium Nasional gamat sekali lagi dengan sorakan ceria penonton apabila Wan Zack Haikal yang mendapat satu lorongan bola cantik Gary Steven Robbat menolak masuk gol kedua Malaysia sekali gus menghampakan lagi penjaga gol lawan, Mohamad Dakramanji yang cuba meluru keluar.


Malang menimpa Malaysia yang terpaksa bermain dengan 10 orang sebaik sahaja permainan babak kedua mencecah lima minit apabila Gary Steven dikenakan kad kuning kedua oleh Maasaki kerana mengasari pemain Lebanon. Pasukan pelawat yang dibimbing Samir Saad bagaimanapun cuba menyaingi ketika tuan rumah pincang beraksi dengan 10 pemain, merapatkan kedudukan menerusi Chadi Atie pada minit 64'. Kedudukan Malaysia 2-1 Lebanon sehinggalah ke tamat permainan.






Tuesday 21 June 2011

Penantian 90 "Minit"


Ong Kim Sweeakur apa dicapai pada 90 minit permainan di Beirut belum cukup sambil mentakrif baki 90 minit saingan dalam perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Olimpik di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini akan menjadi lebih getir.


“Sasaran kita sudah tercapai. Tapi ingat kita perlu teruskan lagi usaha gigih di Kuala Lumpur nanti untuk memastikan kemenangan memihak kita di laman sendiri,” katanya yang sudah mula tampak yakin tiket ke pusingan ketiga seperti bakal dimiliki skuad Olimpik negara. Sementara itu, jurulatih Lubnan, Samir Saad tetap memuji daya juang tinggi ditonjolkan skuad pimpinan Kim Swee.


Malaysia mempamerkan sistem permainan baik dan disiplin tinggi dalam pertahanan. Ini menyukarkan kami mencipta peluang,” kata Samir.

Monday 20 June 2011

Olimpik Harimau Malaya "Mengikat"



Olimpik  Malaysia berjaya mengikat Lubnan seri 0-0 tanpa jaringan dalam aksi pertemuan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 di Beirut. Aksi kemas di bahagian pertahanan yang penuh displin, serangan pula menunjukkan sedikit ketumpulan apabila melepaskan beberapa peluang.


Bagaimanapun, skuad negara dipaksa lebih banyak berkampung di kawasan sendiri awal permainan di bawah terik matahari dan melakukan percubaan pertama pada minit 11' menerusi percubaan Wan Zack Haikal . Pada minit 21', Malaysia memperolehi peluang terbaik apabila hantaran lintang Fandi Othman tepat di kepala Izzaq Faris namun tandukannya tidak tepat. Bermain dengan berhati-hati di awal minit 45', anak-anak buah Ong Kim Swee berjaya menampilkan aksi berbeza sebaik tiupan wisel separuh masa kedua.


Pada minit 62', Wan Zack Haikal kemudian terus melancarkan serangan ke kubu lawan namun sepakannya tepat ke arah penjaga gol selepas menerima lorongan cantik daripada Gary Steven RobbatMalaysia hampir membawa bekalan dalam pertemuan kedua pada 23 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Namun aksi solo Syahrul Azwari berjaya dipatahkan pertahanan lawan yang pantas menguis keluar bola dalam kawalannya.





Sunday 19 June 2011

"Harimau Malaya Mengaum"


Harimau Malaya "mengaum'"di Stadium Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, apabila membaham Myanmar 2-0Gol Malaysia dijaringkan setiap separuh masa menerusi Mohd Amirulhadi Zainal pada minit 27' dan Baddrol Bakhtiar minit 54'.  Perlawanan dimulakan dengan keadaan padang yang becak sebelum perlawanan sehingga menjejaskan corak permainan kedua-dua pasukan. Pintu gol cemas seketika apabila kesilapan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee tersilap mengagak hantaran lintang pada minit ke 9'. 

Abdul Hadi Yahaya yang turun sebagai penyerang utama bagaimanapun sukar mencari ruang untuk mengancam kubu lawan. Rakan gandingannya, Baddrol Bakhtiar lebih mencuri tumpuan dan sering dipertanggungjawab untuk memikul tugas mengambil sepakan percuma selepas lebih lima peluang terhidang di luar kotak penalti ekoran corak permainan agresif lawan. Pada minit 23', kegagalan Sharbinee membaca hantaran rendah dengan baik nyaris memakan diri dan mujur Helmi Remeli
menyelamatkan keadaan.

Amirulhadi akhirnya memecah kebuntuan selepas berada di kedudukan tepat menyambut kesilapan pemain pertahanan lawan yang cuba mengeluarkan bola dalam kotak penalti. Rentak anak-anak buah Datuk K. Rajagobal lebih meyakinkan dan mendominasi sebahagian besar separuh masa kedua. Sembilan minit permainan bersambung Baddrol melakukan penyudah menarik selepas tidak dikawal untuk pintu gol Myanmar dibolosi buat kali kedua. 

Bagaimanapun Baddrol terlepas dua peluang keemasan untuk melebarkan kedudukan apabila rembatannya minit 65' tepat ke arah penjaga gol lawan dan berselang seminit kemudian tolakannya tidak menepati sasaran. Namun, corak permainan masih tetap meyakinkan dengan kesebelasan pemain banyak menggunakan segenap inci padang untuk mencipta gerakan baik dari kawasan tengah mahupun pemain sayap. 



Gol Pertama : Mohd Amirulhadi Zainal

Gol Kedua : Baddrol Bakhtiar





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...