Tuesday 3 May 2011

Lim Teong Kim Pemain Pertama Beraksi Di Eropah


Lim Teong Kim, adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan sekarang ini beliau menjadi penolong jurulatih kelab Bayern Munich bawah 19 tahun. Lim Teong Kim telah bermain untuk MelakaKuala Lumpur, dan Kedah di dalam Piala Malaysia dan Liga Semi-pro Malaysia. Kemudian beliau mengembangkan kerjaya bola sepaknya selama semusim di Jerman Barat dengan Hertha BSC pada tahun 1987 dan beliau merupakan pemain kebangsaan pertama yang beraksi di liga Eropah.




Lim Teong Kim juga mewakili Malaysia dari 1982 hingga 1991. Dia memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara 1989 bersama Malaysia. Kemudiannya, Lim Teong Kim telah memulakan kerjaya jurulatihnya dengan kelab Bayern Munich bawah 19 tahun pada tahun 2001. Hal ini telah terbukti dengan kejayaan anak didiknya iaitu Thomas Muller yang kini beraksi dengan pasukan kebangsaan Jerman.


Satu lagi lagenda bola sepak kebangsaan Malaysia yang patut kita banggakan atas kejayaan sebagai pemain dan juga penolong jurulatih di Eropah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...