Wednesday 4 May 2011

Irfan Bakti / Abdul Rahman Pernah Menjadi Jurulatih Di Liga Indonesia


Irfan Bakti atau nama penuhnya Irfan Bakti Bin Abu Salim merupakan seorang jurulatih pasukan bola sepak yang dilahirkan di negeri Kelantan Darul Naim. Beliau pernah mewakili pasukan negeri kelahirannya, P.B Kelantan dan juga pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kemudiannya beliau menceburi bidang kejurulatihan dan telah melatih beberapa kelab bola sepak di Malaysia, antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Telekom Melaka serta pernah menjadi penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Pada Feb 2007 beliau memegang jawatan selaku ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu "Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura" atau ringkasnya, Persipura.




Tuan Haji Abdul Rahman Ibrahim merupakan jurulatih bola sepak Malaysia. Beliau pernah membimbing beberapa pasukan di Liga Malaysia seperti SelangorPerlis serta PKNS. Beliau juga pernah membimbing Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada tahun 1998 sehinggalah 2000. Pada Mei 2007 beliau pernah menjadi jurulatih sebuah kelab di Liga Indonesia, Deltras Sidoarjo.


Kedua-dua jurulatih ini adalah nama besar didalam arena bola sepak Malaysia. Sebelum perpindah Safee Sali Ke Liga Indonesia, Kedua-dua jurulatih ini terlebih dahulu mencipta nama di Liga Indonesia bersama kelab masing-masing Peripura dan Deltras Sidoarjo. Salute!


Imbasan Lagenda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...