Sunday 1 May 2011

Kelantan Kembali Rampas Takhta Liga Super



Kelantan berjaya merampas kembali takhta Liga Super setelah berjaya menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Mohamad Keempat, Kota Baharu, malam ini.
Dengan kejayaan tersebut, skuad bimbing Datuk M. Karathu kini berkongsi 33 mata bersama Selangor namun Kelantan mempunyai kelebihan jaringan selepas 16 perlawanan.
Kelantan mendahului 1-0 pada separuh masa menerusi jaringan Mohd Badri Radzi pada minit ke-24 dan memperkukuhkan kedudukan pada babak kedua menerusi jaringan S.Chanturu pada minit ke-79.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan T-Team berkongsi mata dengan Pahang apabila mencatatkan kedudukan seri tanpa jaringan.
Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Negeri Sembilan dan Felda United terikat 2-2.
Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, pasukan tuan rumah, Johor FC, berjaya menewaskan Sabah 3-0.
Gol Johor FC dijaringkan oleh Eddy Helmi Abdul Manan pada minit ke-41, Mohd Riduwan Maon (minit ke-80) dan Shahrizal Saad (minit ke-90).
Di Stadium Utama, Kangar, pasukan tercorot, Perlis tewas 1-3 kepada Harimau Muda A.
Sumber daripada Bernama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...