Thursday 26 May 2011

Ryan Giggs Gagal Di Kesan


Ryan Giggs tidak turun pada sesi latihan terbuka bersama Manchester United kelmarin sehari selepas namanya disebut di Parlimen kerana dikatakan terbabit dengan skandal seks berprofil tinggi.




Gambar Giggs terpampang di muka depan hampir semua akhbar tempatan selepas seorang anggota Parlimen mendedahkan dia pemain bola sepak yang mendapat injuksi dari Mahkamah Tinggi untuk melarang tuduhan terbabit daripada disiarkan.

Terengganu Ambil Alih Teraju Liga Super


TERENGGANU berpesta gol di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi untuk mengambil alih kedudukan tangga teratas Liga Super selepas membelasah pasukan tetangga, Pahang 5-0 malam tadi tatkala Kelantan dikejutkan T-TeamTurun dengan matlamat mengatasi kelebihan jaringan pendahulu sebelumnya Kelantan, Terengganu membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi Ashaari Samsuddin sebelum Abd hadi Yahya mencatat hatrik pada minit ke-20, 53, 56 dan Manaf Mamat (m-71) melengkapkan kemenangan barisan Irfan Bakti Abu Salim.


Kelantan tumpas 2-1 kepada T-Team menerusi Indra Putra Mahayuddin pada masa kecederaan. 


Selangor terus dirundung malang apabila penyerang Harimau Muda A, Izzaq Faris Ramlan menanduk masuk gol pertama untuk meletak skuad Ong Kim Swee pada minit ke-42 sebelum Syahrul Azwari Ibrahim menambah jaringan pada minit k-62.

De Gea Calon Terbaik - MU



Manchester United semakin hampir memeterai perjanjian dengan Atletico Madrid untuk membeli penjaga gol muda, David De Gea bagi menggantikan Edwin Van der Sar yang akan bersara selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Sabtu ini.

"Kami sudah berusaha ke arah itu untuk satu tempoh, kami sebelum ini telah mengenal pasti dia (De Gea) sebagai calon yang dikehendaki.

"Dia ialah seorang penjaga gol muda dan sangat tangkas pergerakannya. Dia merupakan calon pengganti terbaik untuk Edwin van der Sar," kata pengurus United, Alex Ferguson kepada Berita Sky Sports. Tambahnya, United sememangnya mencari seorang calon yang mempunyai kualiti setaraf Edwin.

"Salah satu kualiti yang dimiliki Edwin adalah dia selalunya tenang dan berkebolehan dari segi menyusun pertahanan. David De Gea memiliki ciri-ciri sebegitu," ujar Fergie.

Media Britain melaporkan, perpindahan De Gea dianggarkan bernilai 21 juta euro (RM90 juta). Media Sepanyol pula menyebut pengumuman mengenai perpindahan itu akan dibuat Isnin depan.

Monday 23 May 2011

Ancelotti Di Pecat



Chelsea tidak menunggu masa yang lama untuk mengambil keputusan memecat Carlo Ancelotti serta-merta selepas didakwa gagal menghasilkan kejayaan seperti yang diharapkan, menurut kenyataan rasmi kelab itu.
Kejayaan merangkul dua trofi dalam musim pertamanya gagal menyelamatkan karier Ancelotti di Stamford Bridge apabila musim ini berakhir dengan tangan kosong.
Ancelotti terpaksa membayar harga mahal berikutan prestasi hambar pada pertengahan musim yang menyaksikan rekod terburuk The Blues dalam tempoh 15 tahun sehingga menjejaskan hajat mereka mempertahankan gelaran liga selain cita-cita Roman Abramovich untuk menggapai kejuaraan trofi Liga Juara-Juara tidak termakbul.
Perancangannya mula terjejas selepas Chelsea memecat pembantunya, Ray Wilkins pada November lalu. Pengendali dari Itali itu merupakan pengurus keenam Chelsea di era Abramovich selama lapan tahun.
Beliau dimaklumkan mengenai nasibnya sebaik perlawanan dengan Everton yang berkesudahan Chelsea kalah 1-0. Ternyata Ancelotti tidak menyedari apa yang bakal dilaluinya berikutan kenyataannya sebelum perlawanan itu menyebut beliau akan berbincang dengan pemilik kelab mengenai masa depannya minggu depan serta turut menyatakan untuk terus menerajui kelab London itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...