Thursday 17 May 2012

Muhd Ariff Zulkifly diintai Luton Town FC England


SELEPAS mengambil keputusan untuk menandatangani kontrak setahun bersama kelab Island Bay United (IBU) untuk beraksi dalam Liga Perdana New Zealand Central, karier Muhd Ariff Zulkifly semakin cerah di luar negara. 
Ini kerana pemain berusia 19 tahun itu dikhabarkan turut memikat kelab Liga Conference England, Luton Town FC seperti yang maklumkan Akademi Bola Sepak Ole, tempat Muhd Ariff menjalani ujian percubaan sebelum ditawar kontrak oleh IBU.
“Ariff akan pulang hari ini (semalam) ke New Zealand semula selepas berada di sini selama tiga minggu untuk menguruskan segala perkara membabitkan dirinya. Dia akan mula beraksi di Island Bay United selepas ini dan kontraknya dijangka tamat pertengahan musim depan.

“Sebagai pihak yang bertanggungjawab membawanya mencuba nasib di luar negara, kami berasa amat berbangga dengan langkah pertama Ariff ini.
“Ternyata langkah beraninya membuahkan hasil kerana pada masa sama kami dimaklumkan oleh pihak akademi, dia berjaya memikat kelab Luton Town FC.
“Cuma ketika ini, belum ada lagi tawaran rasmi daripada kelab itu. Jika benar dia ditawarkan untuk bermain di sana (Luton Town FC), kami amat berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan Ariff lagi,” kata Pengurus Penajaan dan Aktiviti Mamee Double Decker (M) Bhd, Sharszany Shahry Abu Shahriman ketika ditemui semalam.

Aksi Nazmi Faiz Bersama SC Beira-Mar Portugal


Mengikut beberapa sumber, Nazmi Faiz hampir pasti akan bermain utk skuad SC Beira-Mar 
musim depan


Pengarah pengurusan bolasepak antarabangsa, Marco Guimares berkata, "Impian Nazmi 
untuk bermain di skuad senior sgt cerah. Kami sedang memeriksa dan sedang dalam proses 
memuktamadkan butir-butir penting Nazmi di Portugal. Dan kemungkinan Nazmi akan
menandatangani kontrak pra bersama SC Beira-Mar."


Nazmi Faiz dibenarkan untuk menandatangi kontrak senior bersama kelab baru selepas 
berumur 18 tahun iaitu pada 16 Ogos ini, jika mengikut peraturan FIFA. Awal tahun ini,
Nazmi telah menaruh harapan yang tinggi utk bermain di salah satu kelab eropah namun
tidak kesampaian akibat dari syarat-syarat disana yg begitu ketat.


Melihat dari kenyataan SC Beira-Mar ini, mereka seperti mahu mengambil Nazmi sebagai
pemain mereka satu hari nanti. Mungkin musim depan, atau musim seterusnya.

Tuesday 15 May 2012

Tam Sheang Tsung kontrak bersama Kelab Shanghai Shenhua



Malaysia sememangnya mempunyai ramai remaja berbakat, Salah seorangnya adalah Tam Sheang Tsung. Beliau sebelum ini bermain di Liga Divisyen 2 Jepun Sagan Tosu (rakyat Malaysia pertama bermain di Liga Jepun) sebelum menandatangani kontrak bersama Kelab Shanghai Shenhua, Chinese Super League yang kini dilatih bekas pemain Chelsea, Nicholas Anelka.


Biarpun kurang dikenali di Malaysia, pasti ada yang istimewa mengenai remaja berbakat ini. Semoga pihak FAM tidak terlepas pandang serta memberi peluang kepada pemain ini..... "Selamanya Harimau Malaya"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...