Saturday 30 April 2011

Menonton Perlawanan Pelita Jaya Secara Online


Buat peminat tempatan anda boleh menyaksikan perlawanan Pelita Jaya secara online di Mivo.TV chanel antv, Saksikan Safee Sali Djarum Indonesia Super League.

Info: Jadual Perlawanan

1 May 2011   -   Pelita Jaya vs PS Semen Padang,     Jam: 6.00pm Waktu Malaysia.

28 May 2011 -   Pelita Jaya vs PSPS Pekanbaru,       Jam: 2.25pm Waktu Malaysia.

5 Jun 2011     -   Persija Jakarta vs Pelita Jaya,           Jam: 2.25pm Waktu Malaysia.

12 Jun 2011   -   Pelita Jaya vs Persiba Balikpapan,    Jam: 6.00pm Waktu Malaysia.

16 Jun 2011   -   Persipura vs Pelita Jaya,                   Jam: 5.00pm Waktu Malaysia.

Link: http://mivo.tv/home.php

Azman Adnan Perpindahan Termahal Liga Malaysia


Azman Adnan mula mencipta nama bersama skuad Olimpik Barcelona negara di bawah kendalian Chow Kwai Lam, namun kejayaannya menjaringkan 22 gol untuk Kuala Lumpur dalam saingan musim 1991 ketika hanya berusia 21 tahun menarik minat Selangor, Pahang dan Kedah untuk mendapatkan khidmat beliau.

Kuala Lumpur dalam usaha mereka untuk memastikan ayam tambatan mereka tidak terlepas tidak teragak-agak untuk meletakkan harga RM1 juta kepada mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmat Azman. Namun hasil perbincangan lanjut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Tan Sri Elyas Omar bersetuju melepaskan Azman ke Selangor dengan yuran perpindahan dalam lingkungan RM250,000 - RM300,000, satu jumlah yang kekal tertinggi di kalangan pemain tempatan sehingga ke hari ini.
"Antara skill yg jarang dimiliki oleh pemain lain, Azman mampu melakukan sepakan sambil berlari kiri dan kanan.Pergerakan badan beliau yg mengelirukan pertahanan"

"Lagenda Supermokh"


Imbasan kenangan 1982 perlawanan persahabatan diantara Selangor menentang Boca Juniors berkesudahan Boca Juniors menang 2-1 ke atas Selangor. Boca yang diketuai oleh Maradona bintang langenda bola sepak dunia turut mengagumi kehebatan Mokhtar Dahari sehingga  Majalah World Star Soccer mengiktiraf beliau sebagai Penyerang Terbaik Asia



Selain itu, beliau juga turut membantu Malaysia memenangi perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Juara Piala FA 1975 iaitu Arsenal. Perlawanan tersebut berkesudahan Malaysia menang 2-0. Ketika itu Arsenal di wakili oleh pemain handalan seperti Rimmer, Moncini, Storey dan Kidd.

Melalui imbasan ini telah terbukti bahawa Mokhtar Dahari adalah seorang bintang lagenda bola sepak negara  yang tiada tolok tandingnya.

'Salah Satu Gol Terindah Djarum Indonesia Super League'


Imbasan dari pengulas antv :

'Gooooooooooool!!!!!!!! Hanya satu kalimat yang pantas untuk pemain nasional Malaysia ini luar biasa. Sebuah gol satu merubah kedudukan menjadi 1-0'.

'Spetikular gol oleh Safee Sali,kita melihat bagaimana pemain yang bisa menjadi salah satu terbaik musim ini hadir kembali sebagai seorang pemenang bagi Pelita Jaya. Kita melihat bagaimana memasuki minit ke 10 , Safee Sali mencetak sebuah gol spetikular tendangan gunting. Sebuah gol yang tidak mudah dicatat oleh seorang pemain, dibuktikan oleh Safee Sali hanya melalui sentuhan pertama dipertandingan ini. Kita lihat bagaimana umpan oleh Joko Sasongko dan gol sebuah tendangan gunting @ Scissor Kick oleh Safee Sali merobek gawang Pesijap Jepara dan tentunya memberi keunggulan sementara Pelita Jaya 'game all' tentunya'.

'Luar biasa bong ini merupakan gol keempat Safee Sali dalam lima pertandingan yang telah dilapori. Ini dia ayahanda tercinta yang jauh-jauh datang dari Malaysia untuk menyaksikan permainan anak kesayangannya. Tidak sia-sia sebuah gol spetikular salah satu gol yang terindah Djarum Indonesia Super League hadir malam ini Safee Sali'.

Sedutan perlawanan di antara Pelita Jaya dan Pesijap Jepara : 3 APRIL 2011


                               

Friday 29 April 2011

Petikan Dari Berita Liga Indonesia



"Apalagi, saat ini tuan rumah juga diperkuat oleh penyerang baru asal Malaysia yang sangat membahayakan, yakni Safee Sali.
Oleh karena itu, anak asuh Miroslav Janu (Coach Arema) itu harus memberikan perhatian lebih kepada Safee Sali"



Petikan Dari Berita: Liga Indonesia
Perlawanan Di Antara Pelita Jaya Menentang Arema


http://www.liga-indonesia.co.id/bli/index.php?go=news.detail&idnews=1836

Ronaldo Bapa Penyayang Tapi......


Petikan dari RealMadridTV: Cristiano Ronaldo mengakui bahawa beliau seorang bapa yang penyayang tetapi malas untuk menukar lampin anaknya yang baru berusia 9 bulan. Kehadiran hero baru dalam hidupnya membuatkan hidupnya semakin ceria melihat kelakuan anak kesayangannya setiap hari. Senyuman, gerakan dan pandangan anaknya membuatkan hari-hari yang dilalui oleh beliau berlalu dengan istimewa.

Walau bagaimanapun, identiti ibu kepada bayi Ronaldo masih lagi dirahsiakan dan keadaan ini membuatkan peminat beliau tertanya-tanya siapakah wanita istimewa itu. Istimewa ke???? Beliau berharap suatu hari nanti anaknya  menjadi anak yang cerdas sekurang-kurangnya lebih cerdas daripada dia. Beliau tidak akan memaksa anaknya untuk mengikut jejak langkahnya sabagai pemain bola..

Rugi apabila bakat yang ada pada dirinya tidak diturunkan kepada anaknya. Kalau kuah tidak tumpah ke nasi, ke mana lagi tumpahnya..

Enzo Zidane


Video Enzo Zidane anak kepada bintang Zinedine Zidane. Menjadi perhatian kelab-kelab terkenal Eropah

Thursday 28 April 2011

Anak Zinedine Zidane Menjadi Rebutan Kelab-kelab Eropah


Arsenal Berhasrat mendapatkan Enzo Zidane anak kepada bintang Zinedine Zidane. Enzo Zidane pemain yang berusia 16 tahun yang beraksi bersama skuad remaja Real Madrid bakal mengikut jejak langkah bapanya.


Corak mainan dan gerakan yang hampir sama separti ayahnya telah memikat beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Manchester United dan Juventus juga turut berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. 
petikan dari El Mundo Deportivo 

Real Bakal Melamar Nani


Menurut Daily MailKamis 28 April 2011, Los Blancos mengaku telah menyiapkan tawaran sebanyak 25 juta pounds sebagai tawaran kepada Manchester United untuk memiliki pemain sayap tersebut ke Santiago Bernabeu. 
Namun usaha untuk mendapat pemain sayap Manchester United bukan mudah, Inter Milan juga berminat untuk mendapatkan Luis Nani! dan berhasrat menukar pemain nya Wesley Sneijder.

Real Tewas DiTempat Sendiri


Lionel Messi membantu Barcelona mencatat kemenangan penting 2-0 ke atas Real Madrid dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah di Santiago Bernabeu.

Dua gol lewat permainan pemain terbaik dunia itu memastikan bekalan selesa buat Barca, yang akan melayan kunjungan pasukan kendalian Jose Mourinho itu minggu depan dalam aksi timbal balik yang bakal menentukan pasukan yang akan ke Wembley untuk perlawanan akhir.

Real bernasib malang kerana terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain setelah Pepe diperintah keluar padang setelah sejam perlawanan berlangsung kerana terjahan keras yang dilakukan ke atas Dani Alves. Pepe menyertai Sergio Ramos yang turut digantung untuk perlawanan minggu hadapan.

Barca nyata menguasai permainan dengan hampir tiga perempat penguasaan bola dimiliki oleh pasukan pelawat dan dengan ketiadaan Pepe, mereka bingkas menyerang lalu mendapat gol pertama hasil kebijaksanaan Messi menyudahkan hantaran lintang Ibrahim Afellay pada minit ke-76.

Gol kedua Messi nyata terlalu unggul untuk diatasi oleh pertahanan Real apabila bintang Argentina itu menggelecek beberapa orang pemain tuan rumah, yang seakan-akan terpaku dengan larian dan kepantasan Messi, lalu menewaskan penjaga gol Real, Iker Casillas.





Dalam perlawanan yang penuh ketegangan itu, pengurus Real, Jose Mourinho turut diarah ke tempat duduk penonton setelah membantah keras keputusan pengadil ke atas Pepe manakala penjaga gol simpanan Barcelona, Jose Manuel Pinto turut dieprintah keluar daripada bangku simpanan kerana gagal mengawal perasaan.

Real kini berdepan tugas sukar di Nou Camp minggu depan, gelanggang di mana mereka dibelasah 5-0 oleh Barcelona dalam aksi La Liga pada awal musim ini.

Wednesday 27 April 2011

Semi Final Kedua Champions League


Semi final kedua Champions League diantara Real Madrid menentang Barcelona 27 April 2011 jam 2.45am waktu tempatan, Adakah Real Madrid akan mengulangi kecemerlangan setelah menundukkan Barcelona di final Copa Del Rey? Ataupun Barcelona ingin menebus maruah diatas kekalahan 0-1 pada Real Madrid! Tungguuuu Dan Lihat.....

Kemeriahan Liga Super Indonesia


Sejak mengikuti perkembangan Safee Sali didalam Liga Super Indonesia ternyata kemeriahan yang jauh beza dengan Liga Super Malaysia, Dari segi penyokong sehinggalah penyampai bola sepak yang begitu meriah memang jauh beza situasi di Malaysia! Kita dapat lihat walaupun menang ataupun kalah  tetapi penyokong mereka tetap masih membanjiri stadium, Di dalam Liga Super Indonesia yang paling amat tertarik sekali penyampai bola sepak begitu meriah menyampai liputan setiap perlawanan.

Persatuan bola sepak Malaysia FAM harus memikir bagaimana untuk memeriahkan Liga Super Malaysia seperti mana Liga Super Indonesia, aspek yang paling penting bagaimana harus memikat hati penyokong tempatan untuk membanjiri stadium kerana situasi itu amat penting untuk persatuan negeri dan juga kelab yang bertanding di dalam Liga Super Malaysia. Bagaimana cara untuk memikat hati penyokong tempatan  untuk kembali membanjiri stadium?? Jawapan nya ada pada FAM.

Layari lah: http://mivo.tv/home.php ANTV untuk menyaksikan perlawanan secara langsung Liga Super Indonesia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia


Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bergelar Harimau Malaya adalah pasukanbola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF Asean, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010.
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di JakartaIndonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"),Arthur KohG. GovindarajuRobert ChoeEdwin Dutton dan Stanley Gabriel
Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama sepertiNamat Abdullah dan Shaharuddin AbdullahWong Fook ChuanN. ThanabalanZulkifli Norbit dan captain Abdullah Nordin.[2] Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan JepunKorea SelatanTaiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut kePiala Asia pada 1976 dan 1980.

Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin HassanDollah Salleh danLim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.[3]
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnandan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.
Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg)dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan underdog pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di VientianeLaos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan.
Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.
Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004. Jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil Bicskei.
Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri Yahyah dan Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia.
Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bicskei telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya sendiri.
Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, dimana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 dimana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.
Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4-1 dan seri 0-0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathanmembawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.
Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3-0 dengan pasukan kebangsaan Laos. Walaubagaimanapun, Malaysia tumpas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3-0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan Peter Withe. Walaubagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.
Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami kekalahan 0-5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan. Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009, kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM.
Semenjak K. Rajagopal dipilih menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia pada April lalu, persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.[6]
Pada Sukan Asia Tenggara 2009 di VientianeLaos, skuad kebangsaan B-23 tidak diberikan sasaran untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat emas di temasya tersebut. Diletakkan di Kumpulan A bersama Vietnam, Thailand, Timor Leste dan Kemboja, skuad Malaysia seolah-olah tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, apa lagi menamatkan kemarau pingat emas Malaysia dalam acara bola sepak. Bermula dengan kemenangan besar 11-0 menentang Timor Leste, skuad Malaysia kemudiannya tumpas kepada Vietnam pada perlawanan kedua 1-3. Kekalahan ini turut dicemari dengan insiden pergaduhan yang menyaksikan pemain Malaysia Zaquan Adha A Razak dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Korea Selatan. Kekalahan ini telah menyempitkan peluang Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir kerana terpaksa mengalahkan pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan terakhir Kumpulan A. Perlawanan ketiga kumpulan A menentang Kemboja walaupun keyakinan pasukan Malaysia sedikit goyah akibat insiden perlawanan dengan Vietnam, tetapi keputusan perlawanan tetap berpihak kepada Malaysia 4-0. Dalam perlawanan terakhir menentang Thailand, Malaysia telah membuat kejutan apabila membenam juara bertahan Sukan Sea itu dengan keputusan 2-1, jaringan kemenangan Malaysia diperoleh di minit-minit terakhir perlawanan. Melangkah ke separuh akhir, pasukan tuan rumah, Laos menanti Malaysia. Terikat dengan keputusan 1-1 sehingga minit ke 80, Malaysia telah membuat dua pertukaran pemain yang membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan dua gol, lantas membenam pasukan tuan rumah Sukan Sea itu dengan keputusan 3-1. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam 1-0 dengan jaringan sendiri pemain Vietnam.
Pada kejohanan bola sepak Sukan Asia 2010 di Ghuangzhou pula, Malaysia diundi di dalam Kumpulan A bersama Krgyzstan, Jepun dan tuan rumah, China. Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia berjaya membenam Krgyzstan 2-1 yang beraksi di Stadium Huadu. Pada 10 November pula Malaysia kalah kepada Jepun 0-2 di stadium yang sama. Semasa perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Malaysia kalah kepada tuan rumah 3-0 di mana perlawanan tersebut dicemari dengan 3 layangan kad merah yang kontroversi kepada 3 pemain negara oleh pengadil Australia, tetapi tetap berjaya melangkah ke pusingan kedua. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada pasukan Harimau Malaya selepas 32 tahun gagal melayakkan diri ke pusingan kedua dalam Sukan Asia. Namun, semasa perlawanan di antara Iran dan Malaysia, Malaysia kalah bermaruah dengan jaringan gol 3-1. Walau bagaimanapun, FAM tidak meletakkan sasaran untuk menjuarai Sukan Asia 2010, tetapi menganggap kejohanan itu sebagai tempat untuk memantapkan lagi pasukan Malaysia sebelum beraksi dalam Piala Suzuki AFF Disember itu.
Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember.[1] Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2.Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Sesungguhnya kejayaan tersebut sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia, dan Harimau Malaya dengan sendirinya layak dinobatkan sebagai 'raja bolasepak' rantau Asia Tenggara.

Lionel Messi Mencipta Sejarah Tersendiri.


Bintang Argentina, Lionel Messi muncul pemain pertama yang menjaringkan 50 gol dalam semusim di Sepanyol untuk membantu Barcelona kekal lapan mata menjarakkan diri dengan seteru ketat, Real Madrid dalam pemburuan takhta La Liga. 

Messi mencapai pencapaian itu apabila berjaya menyudahkan peluang tiga minit sebelum wisel ditiupkan untuk membolehkan pasukannya menang 2-0 ke atas Osasuna.

Perlawanan itu juga turut menyaksikan David Villa berjaya mengakhiri kemarau gol 11 perlawanannya dengan membuka tirai jaringan. 

Sebelum ini Messi berjaya memecahkan rekod 49 gol milik pemain legenda Real Madrid, Ferenc Puskas apabila meledakkan gol ketika seri 1-1 dalam pertemuan dengan Real minggu lalu.

Safee Sali Menerima Anugerah Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan Malaysia


Kejayaan membantu skuad kebangsaan merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010 dan kemudiaannya muncul pemain pertama tempatan bermain di liga luar negara nyata melayakkan Safee Sali untuk dinobatkan penerima anugerah Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan Malaysia sempena 'Malam Keraian Sukan Malaysia' bagi meraikan ulang tahun pertama Astro Arena yang berlangsung malam tadi di JW Marriot, Kuala Lumpur.
Safee yang diundi oleh para peminat tempatan menerusi laman www.arena.my mendahului calon-calon lain seperti Amin Rahim (Hoki), S. Kumar (Hoki), Safiq Rahim (Bola sepak) dan Koo Kien Keat (Badminton), dengan sebanyak 52% undian memihak kepadanya.
Anak kelahiran Selangor tersebut bukan sahaja berjaya membantu skuad kebangsaan melakar sejarah, malahan muncul pemain pertama negara muncul penjaring terbanyak kejohanan berprestij tersebut.
Di samping itu dia juga telah melahirkan fenomena baru buat bola sepak tempatan.
Menyedari keupayaan dan sentuhan berbisa yang dimilikinya, tidak hairanlah pemain berusia 27 tahun tersebut menjadi tumpuan serta buah mulut para peminat bola sepak, ia terbukti apabila Safee telah dipancing kelab dari Indonesia iaitu Pelita Jaya yang kini menjadi tempat Safee menimba pengalaman.
"Saya berterima kasih ke atas anugerah yang diberikan kepada anak saya, saya pasti dia juga menghargai anugerah yang diterimanya ini," demikian kata bapa Safee, Mohd Sali yang menerima anugerah sebagai wakil kepada anaknya yang tidak dapat hadir kerana berada di Indonesia.
Manakala bagi kategori Atlit Wanita Pilihan Berpasukan pula menyaksikan penembak negara Nur Ayuni Abd Halim telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut berdasarkan pencapaiannya merangkul pingat emas semasa Sukan Komanwel 2010.
Seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat turut menerima anugerah iaitu bagi kategori Atlit Muda Pilihan dengan undian sebanyak 83% memihak kepadanya.
Dua lagi kategori ialah Kebangkitan Pilihan yang menjadi milik buat atlit angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim dan akhbar Kosmo pula terpilih untuk menerima Anugerah Khas Meja Sukan Pilihan (Media Cetak) sebagai tanda penghargaan di dalam memartabatkan sukan tempatan negara.
Selain menerima anugerah, kesemua atlit yang menerima anugerah 'Malam Keraian Sukan Malaysia' tersebut juga telah terpilih selaku Duta Baru untuk pihak Astro Arena pada tahun 2011.

Kelab atau Negara - Safee dalam dilema



Pemain bola sepak negara Mohd Safee Sali mengakui beliau kini berada dalam dilema sama ada beraksi bersama skuad kebangsaan atau membantu kelabnya di Indonesia menghadapi satu perlawanan getir.
Mohd Safee berkata beliau tidak keberatan untuk kembali beraksi dengan skuad negara menentang Hong Kong dalam satu perlawanan persahabatan, namun harus memastikan ketiadaannya tidak menjejaskan kelab yang diwakilinya itu.
"Saya tidak ada masalah untuk kembali beraksi dengan pasukan kebangsaan. Setakat ini belum ada tawaran rasmi sahaja lagi mengenainya," kata Mohd Safee ketika ditemui pemberita selepas dilantik sebagai duta Tune Talk, sebuah perkhidmatan prabayar mudah alih, di sini semalam.
Turut sama dilantik sebagai duta syarikat berkenaan ialah penjaga gol kebangsaan, Mohd Khairul Fahmi Che Mat.
Mohd Safee dilapor akan dipanggil menyarung jersi kebangsaan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini, tetapi pada masa yang sama kelab yang disertainya di Indonesia, Pelita Jaya FC juga berdepan perlawanan getir dalam Liga Super Indonesia menentang Persija Jakarta pada 5 Jun.
Pasukan Persija Jakarta adalah antara pasukan terkuat dalam Liga Super Indonesia musim ini dan kini berada di tangga ketiga liga.
"Ia satu perlawanan yang amat besar buat Pelita Jaya. Kalau dengan ketiadaan saya, ia mungkin akan menjejaskan prestasi pemainan pasukan saya," katanya.
Mohd Safee berkata beliau berazam untuk mempertingkatkan prestasinya dengan kelab Indonesia itu dan mahu membantu kelab tersebut memperbaiki kedudukan dalam Liga Indonesia.
"Setakat ini saya masih belum berpuas hati dengan tahap permainan saya dengan Pelita Jaya. Bagaimanapun, saya masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki prestasi saya itu.
"Pada awal penampilan dulu, saya mahu sekurang-kurangnya menjaringkan satu gol pada setiap perlawanan. Sekarang selepas lapan perlawanan saya hanya menjaringkan lima gol untuk Pelita Jaya," katanya.
Kelab Pelita Jaya kini menduduki tangga ke-10 Liga Super Indonesia dan Mohd Safee mahu membantu kelab bola sepak berkenaan untuk meraih kedudukan ketujuh atau kelapan musim ini.

Kelantan jinakkan Red Giants


 Kelantan membuktikan keupayaannya apabila menewaskan Selangor 1-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Baharu malam ini.

Dengan kejayaan itu pasukan bimbingan Datuk M.Karathu kini menduduki tangga ketiga liga dengan mengumpul 30 mata selepas 15 perlawanan.
    
Pasukan 'The Red Warriors' membuka jaringan seawal minit keempat menerusi tandukan Norshahrul Idlan Talaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...