Monday 2 May 2011

Misha Radovic Akui Kehebatan Safee Sali


Misha Radovicjurulatih kelahiran Belgrade, Serbia yang mempunyai kerakyatan Australia itu menghamburkan pujian dengan sikap dan komitmen ditunjukkan Safee Sali serta meletakan harapan tinggi terhadap penyerang itu.

Walaupun baru pertama kali beraksi di luar, dia jelas seorang pemain profesional yang hebat kerana pantas menyesuaikan diri dengan pasukan dan persekitaran” kata Radovic yang pernah mewakili pasukan Bawah 18 dan 21 Yugoslavia yang muncul juara Eropah pada 1979. 

Komitmen dan semangat sepasukannya juga tinggi. Saya amat berharap Safee Sali dapat membantu kami, terutama mempertajamkan bahagian serangan pasukan yang agak tumpul. Itu menjadi antara faktor kami terperosok di tangga bawah Liga Super Indonesia (ISL)” katanya. 

Radovic, 50, yang mengambil alih tugas bekas bintang sensasi Singapura, Fandi Ahmad mengendalikan Pelita Jaya tiga bulan lalu berkata, selain Safee, dia turut mendapatkan dua lagi pemain import baru iaitu Chris Diog, bekas pemain Nottingham Forest dan Troy Herefield.

Walaupun sebahagian besar pasukan ini dibarisi pemain muda, mereka membuktikan keupayaan mampu bersaing dengan pasukan handalan lain. Cuma kami kurang bernasib baik apabila dikecewakan dengan jaringan saat akhir  pihak lawan yang menyebabkan seri dalam perlawanan diantara Pelita Jaya Menentang Seman Padang samalam” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...