Monday 2 May 2011

Safee Akhiri Kemarau Gol


Selepas kemarau gol  dua perlawanan akhirnya Safee Sali kembali mengegarkan pintu gol lawan, pada perlawanan di antara Pelita Jaya menentang Semen Padang yang berkesudahan seri 2-2 sama. Jaringan pada minit ke 49' yang begitu tenang di depan pintu gol membuktikan bahawa beliau seorang pemain yang begitu profesional. Dalam perlawanan tersebut kelincahan serta gerakan berbahaya Safee Sali sering kali memberi tekanan dan menggugat pertahanan pihak lawan. Gol pada perlawanan tersebut merupakan gol keenam Safee Sali dalam Djarum Indonesia Super League.

Pada mulanya Pelita Jaya menguasai perlawanan namun Semen Padang bangkit disaat-saat akhir perlawanan sehingga berkesudahan seri dua sama. Walau bagaimanapun Pelita Jaya telah memberikan saingan sengit kepada Semen Padang yang menduduki tangga kedua Liga Super Indonesia (ISL).

Sedutan Perlawanan Pelita Jaya Menentang Semen Padang:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...