Saturday 7 May 2011

'Devils kian panas'


United sedia tembung Barcelona, Fergie tak takut reputasi lawan

LONDON: Mesejnya amat jelas - Manchester United tidak gentar berdepan Barcelona dalam final Liga Juara-Juara Eropah pada 28 Mei ini di Stadium Wembley.
“Saya tidak fikir kami akan ke Wembley dalam keadaan kurang keyakinan,” kata pengurus pasukan Sir Alex Ferguson.
“Saya fikir prestasi Barcelona begitu baik musim ini. Hakikatnya kami berdepan satu pasukan hebat. Tetapi kami tidak boleh ketakutan kerana itu. “

United mara ke final selepas membelasah Schalke 04 dengan keputusan 4-1 bagi agregat 6-1 di Old Trafford selepas saingan separuh akhir kedua.

Dua gol daripada Anderson termasuk satu masing-masing daripada Antonio Valencia dan Darron Gibson meletakkan United ke final Liga Juara-juara buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun dan sekali gus ulangan kepada episod sama di Rome pada 2009.



Sumber:bharian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...