Friday 17 June 2011

"Hadi Sandaran Utama"


Penyerang yang semakin mencipta nama, Abdul Hadi Yahya menjadi sandaran utama Harimau Malaya jentera serangan apabila menentang Myanmar dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad lV, esok.

Hadi yang pernah menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong baru-baru ini yang berkesudahan Harimau Malaya seri 1-1 di Hong Kong. Jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal, meletakan Hadi sebagai sandaran utama kerana ekoran kecederaan penyerang seperti Norshahrul Idlan Talaha, Shahrizal Saad, Ahmad Fakri Saarani & S. Chanturu. Manakala Safee Sali yang sedang menghadapi sisa baki dalam Indonesia Super League bersama Pelita Jaya.

"Pergerakan Safee Terbatas"


Pelita Jaya kecundang di tangan Persipura sisa baki dalam Indonesia Super League, kekalahan 2-1 ditangan Persipura di Stadium Mandala Persipura Jayapura. Pertahanan Persipura tidak memberi ruang pada penyerang berbisa Pelita Jaya Safee Sali malahan pergerakan Safee terbatas, beliau di kawal ketat dua pertahanan Persipura agar gagal tembus gawang Peripura.

Persipura mendahului seawal minit hasil jaringan Zah Rahan umpanan dari Lukas Mandowen di dalam kotak penalti Pelita Jaya. Ketinggalan 1-0 Pelita Jaya membuat serangan balas yang di ketuai Safee Sali ke kubu Persipura berjaya di patahkan pertahanan Persipura.

Pada separuh masa kedua persipura melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang Pelita Jaya akhirnya berjaya menghasilkan gol kedua Persipura dari penjaring gol terbanyak ISL Boaz Salossa pada minit 79' hasil umpanan Zah Rahan, Boaz melepaskan rembatan kencang gagal dihalang Rahman penjaga gol Pelita Jaya.

Minit 91' tambahan masa kecederaan, akhir Pelita Jaya berjaya menghasil gol sagu hati dari Juan Ramirez.

Wednesday 15 June 2011

"Saya Tak Panik" Ong Kim Swee


JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee kekalahan itu tidak boleh dijadikan ukuran kemampuan skuad muda negara kerana misi sebenar adalah berdepan Lubnan pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Beirut Ahad ini.


Saya tak panik, kalau mahu nilai pemain biarlah berdasarkan keputusan dengan Lubnan dan bukannya mengambil kira keputusan dalam perlawanan persahabatan. Saya akan bertanggung jawab sepenuhnya apabila kita layak atau tidak selepas pertemuan dengan Lubnan. “Bagi peminat, kekalahan ini pastinya akan memberi gambaran buruk kepada mereka, tapi bagi saya, ini pengajaran cukup baik untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pemain,” kata Kim Swee.



Tahkta Liga Super Semakin Panas


Tiga pasukan teratas liga iaitu Kelantan, Selangor & Terengganu masih lagi berpeluang menentukan kejuaran Liga Super Malaysia. Saingan masih lagi terbuka apabila tiga pasukan teratas ini memenangi perlawanan masing-masing, hanya berbaki satu lagi perlawanan yang akan menentukan pasukan mana yang akan bergelar juara Liga Super Malaysia 2011.


Kelantan hanya memerlukan satu mata untuk ditabalkan juara buat kali pertama edisi Liga Super ini, manakala Selangor memerlukan kemenangan untuk mempertahankan kejuaran pada tahun lepas. Terengganu mengharapkan Kelantan & Selangor kalah pada perlawanan akhir masing-masing agar dapat mengintai peluang sebagai juara Liga Super 2011.

Tuesday 14 June 2011

"Skuad Olimpik Malaysia Kecundang"



Skuad Olimpik Malaysia menerima tamparan hebat apabila kalah 4-0 kepada skuad Olimpik Qatar pada perlawanan persahabatan di Stadium Al Sadd. Anak-anak buah Ong Kim Swee ketinggalan dua gol dalam tempoh lapan minit sebelum Qatar menambah lagi dua jaringan pada minit ke-33 dan 38.


Skuad Olimpik negara melepaskan peluang terbaik mendapatkan gol tunggal apabila pengadil memberikan sepakan penalti selepas Wan Zack Haikal dijatuhkan lawan tetapi Mohd. Fandi Othman gagal menyempurnakan sepakan. Dalam perlawanan berkenaan, Kim Swee menurunkan kesemua pemain kecuali Khairul Fahmi Che Mat dan Zubir Azmi.

Skuad Olimpik Malaysia bakal berdepan Lebanon pada 19 Jun ini pada perlawanan timbal balik pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik sebelum bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, 23 Jun.

Monday 13 June 2011

Safee Sali "Penyelamat Pelita Jaya"


Ketinggalan 0-1 diseparuh masa pertama, Pelita Jaya bangkit menyamakan kedudukan pertemuan menentang Persiba Balikpapan dalam Indonesia Super League di Stadium Singaperbangsa Kerawang Pelita Jaya, Safee Sali muncul sebagai penyelamat apabila beliau menjaringkan gol pada minit 46'.

Permainan pantas yang ditunjukan Pelita Jaya pada minit awal permainan berpeluang menghasilkan gol tetapi malangnya hantaran Safee Sali di sia-siakan oleh Feriansyah Mas'ud, minit ke 30' sekali lagi Pelita Jaya hampir menjaringkan hasil  umpanan 1-2 Feriansyah, Safee Sali telah melepaskan tendangan kencang dapat di patah Wirawan penjaga gol Persiba.

Minit 32' Persiba telah mengegarkan pintu gol Pelita Jaya hasil jaringan pemain import Persiba, Aldo Baretto sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Stadium Singaperbangsa gemuruh minit 46' apabila pintu gol Persiba di gegar oleh penyerang berbisa Pelita Jaya Safee Sali menerima umpanan Edi, Safee dengan skill luar biasa mengelecek pemain lawan dan melepaskan tendangan kencang yang gagal di selamat penjaga gol Persiba. Pelita Jaya mengatur serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol lawan malangnya gagal di sempurnakan sehinggalah tamat separuh masa kedua. Hasil pada perlawanan ini Pelita Jaya mengutip satu mata, kedudukan tangga ke 13, sementara itu penyerang berbisa Safee Sali gol ke 7 beliau didalam Indonesia Super League.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...