Tuesday 14 June 2011

"Skuad Olimpik Malaysia Kecundang"



Skuad Olimpik Malaysia menerima tamparan hebat apabila kalah 4-0 kepada skuad Olimpik Qatar pada perlawanan persahabatan di Stadium Al Sadd. Anak-anak buah Ong Kim Swee ketinggalan dua gol dalam tempoh lapan minit sebelum Qatar menambah lagi dua jaringan pada minit ke-33 dan 38.


Skuad Olimpik negara melepaskan peluang terbaik mendapatkan gol tunggal apabila pengadil memberikan sepakan penalti selepas Wan Zack Haikal dijatuhkan lawan tetapi Mohd. Fandi Othman gagal menyempurnakan sepakan. Dalam perlawanan berkenaan, Kim Swee menurunkan kesemua pemain kecuali Khairul Fahmi Che Mat dan Zubir Azmi.

Skuad Olimpik Malaysia bakal berdepan Lebanon pada 19 Jun ini pada perlawanan timbal balik pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik sebelum bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, 23 Jun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...