Tuesday 31 July 2012

Tour Arsenal & Manchester City 2012 Malaysia


Salam sahabat2, dah lama tak update blog Dunia Bola Ruyzal hari ini ingin mengulas mengenai Tour Arsenal & Manchester City ke Malaysia. Perlawanan persahabatan Malaysia menentang kedua2 gergasi dari English Premier adalah bagi persiapan menjelang Piala AFF suzuki Cup 2012.

Apabila setiap kali perlawanan menentang kelab dari gergasi English Premier apa yang terlintas di kepala adalah inginkan kemenangan ataupun persembahan yang hebat dari skuad Harimau Malaya, Namun ia bukanlah mudah untuk dicapaikan atau pun diimpikan.
Kita berhadapan dengan pemain2 yang berharga jutaan ringgit perestasi yang begitu tinggi terlalu jauh beza dengan kita tapi bukanlah halangan bagi kita! apa yang kita inginkan dalam perlawanan persahabatan menentang gergasi dari English Premier ini ialah pengalaman dan menimba ilmu daripada pemain yang berstatus jutaan ringgit.

Pada perlawanan pertama menentang Arsenal lalu kita tewas 2-1 sesuatu yang boleh dibanggakan kerana corak permainan Harimau Malaya boleh dikatakan terbaik kerana banyak menyerang tanpa bertahan kita mendahului Arsenal 1-0 sepanjang 86' minit sesuatu yang tidak dijangkakan, namun penyakit lama berulang kembali kelekaan dan kesilapan pertahanan Harimau Malaya mengundang padah pada minit 87' pintu gol kita ditembusi. Selang 3 minit kemudian sekali lagi pintu gol digegarkan itulah padah apabila kelekaan pada minit2 terakhir.

Perlawanan kedua menentang Manchester City pada 30/7/12 benar2 memberi ujian yang sangat berat buat skuad Harimau Malaya, kerana Manchester City adalah Juara English Premier League. Skuad kita bermula dengan bergitu berhati2 namun dengan skill yang tinggi dari Aguero dan Teves benar2 tidak dapat disekat kerana kedua2 pemain2 ini begitu hebat untuk ditandingi, begitu mudah Aguero menewaskan 6 pertahanan Harimau Malaya untuk jaringan pertama. Kita tewas 1-3 kepada Manchester City.

Walaupun kita tewas kedua2 perlawanan bukanlah erti kita harus menyerah kalah tapi kita perlu mengambil iktibar serta pengajaran dan pengalaman semoga pemain2 kita akan lebih bersedia pada perlawanan yang sebenarnya iaitu pertandingan Piala AFF Suzuki pada Nov ini misi mempertahankan kejuaran... "Selamanya Harimau Malaya"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...