Sunday 1 May 2011

Kelantan sedia lepas Norshahrul Idlan


Sebelum ini Norshahrul Idlan Talaha disebut-sebut antara penyerang kebangsaan kedua yang bakal dipikat kelab Liga Super Indonesia - Pelita Jaya - selepas kehadiran bekas penyerang Selangor, Mohd Safee Sali yang membawa kesan positif kepada pasukan berkenaan. 

Penghijrahan Safee ke Indonesia boleh dianggap satu kejayaan apabila pasukan yang sebelum ini berada di tangga tercorot, kini melonjak ke tangga ke-10 selepas lapan perlawanan dengan bekas penyerang Selangor itu sendiri meledak lima gol.
Impian untuk melihat Safee dan Norshahrul kembali bergandingan selepas kejayaan tonggak serangan negara itu membawa pulang Piala AFF Suzuki tahun lalu, semakin memuncak apabila masing-masing terus beraksi cemerlang dalam saingan liga masing-masing.
Norshahrul menjadi tonggak utama Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini dan juara Piala Malaysia itu dilihat keberatan untuk melepaskan penyerangnya yang masih mempunyai baki kontrak dua tahun di Kota Bharu. 

Namun jika Norshahrul bersungguh-sungguh mahu menyarung jersi kelab Indonesia pada musim akan datang, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan menjadi batu penghalang. 

“Saya sedar ramai yang mahu melihat Norshahrul dan Safee bergandingan semula, kalau dia (Norshahrul) hendak pergi, saya tidak boleh halang,” kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, kelmarin.


Sumber daripada Berita Harian.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KAFAsedialepasMatYo/Article

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...