Tuesday 3 May 2011

30 Juta Euro Ditawarkan Untuk Robben




MILAN, Menurut laporan Il Corriere dello Sport, Inter telah menyiapkan peruntukan sebanyak 30 juta euro untuk mendapatkan pemain sayap kiri Bayern Munich, Arjen Robben. Beliau dilihat amat sesuai untuk mengisi posisi sayap kiri Inter yang musim ini kurang menyengat.

Robben akan mengganti posisi sayap kiri yang diisi oleh Goran Pandev. Namun begitu, sukar bagi Inter untuk mendapatkan Robben kerana Bayern enggan melepaskannya. Apatah lagi Robben sudah melafazkan kesetiaan untuk bertahan di Jerman walaupun Bayern tidak layak ke Liga Juara-juara Eropah musim depan. Ini bukan kali pertama Robben dikaitkan dengan kelab Itali. Sebelum ini, pemain yang berasal dari Belanda itu sering dikaitkan dengan kelab AC Milan dan juga Juventus.

Sumber :  Il Corriere dello Sport

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...