Monday 2 May 2011

Hassan Sani Di Gelar 'Lipas Kudung'


"Hassan Sani merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah bermain bersama Sabah FA dan Kuala Lumpur FA dalam kancah Liga Malaysia sekitar penghujung tahun 1970-an sehinggalah penhujung 1980-an. Dia merupakan bekas penyerang kebangsaan Malaysia yang digelar sebagai lipas kudung oleh peminat kerana merupakan pemain yang sangat pantas didalam skuad Malaysia".


Kemuncak karier Hassan bersama pasukan kebangsaan Malaysia ialah ketika kelayakan Sukan Olimpik 1980 apabila membantu skuad kebangsaan layak beraksi di Sukan Olimpik. Detik manis ini tercipta apabila bola hantaran Khalid Ali tiba kepada Hassan. Hassan yang digelar lipas kudung membuat larian pantas dan terus membuat hantaran kepada James Wong untuk menghasilkan gol kemenangan Malaysia ke Korea Selatan dengan jaringan 2-1. Gol itu menjadi gol terbaik Malaysia sehingga kini dan menjadi ikon iklan "Semangat Bola" oleh Maxis sempena menaikkan semangat bola di kalangan penduduk Malaysia untuk kejohanan Piala Dunia.


Walaubagaimanapun Malaysia tidak beraksi pada Sukan Olimpik 1980 kerana kerajaan Malaysia berkeras untuk membantah tindakan Soviet Union yang menceroboh Afghanistan. Hassan kemudiannya mengundurkan diri dari pentas antarabangsa pada tahun 1986.Hassan kemudian beralih kepada bola sepak pantai pada 1996. Dia mewakili Malaysia pada Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai 1999. Seorang lagi lagenda bola sepak negara yang patut diingati sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...