Wednesday 27 April 2011

Kehadiran Safee Sali Mengubah Kedudukan Pelita Jaya

Kedudukan Pelita Jaya dalam ISL tangga ke14 kini telah berubah ke kedudukan tangga ke10 sejak kehadiran penyerang sensasi kebangsaan dan penjaring terbanyak AAF Suzuki Cup 2010. Aura Safee Sali kini menjadi sebutan dikalangan peminat Pelita Jaya malahan beliau di undang dalam salah satu rancangan tv di indonesia dan beliau kini menjaringkan sebanyak 5 gol setakat ini dalam liga ISL.


Perkembangan ini adalah satu titik permulaan pada pemain-pemain kebangsaan untuk memajukan karier mereka lebih jauh lagi kemungkinan besar satu hari nanti pemain kita akan beraksi Liga Inggeris, Liga Sepanyol, Liga Perancis ataupun Liga Jerman! Yang penting Persatuan Bola Sepak Malaysia memainkan peranan yang sebenar untuk kemajuaan bola sepak Malaysia.

Harapan jutaan peminat tanah air ingin melihat ramai lagi pemain kebangsaan beraksi di luar negara demi kemajuan bola sepak Malaysia.... Tanah Tumpah Darahku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...