Thursday 26 May 2011

De Gea Calon Terbaik - MU



Manchester United semakin hampir memeterai perjanjian dengan Atletico Madrid untuk membeli penjaga gol muda, David De Gea bagi menggantikan Edwin Van der Sar yang akan bersara selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Sabtu ini.

"Kami sudah berusaha ke arah itu untuk satu tempoh, kami sebelum ini telah mengenal pasti dia (De Gea) sebagai calon yang dikehendaki.

"Dia ialah seorang penjaga gol muda dan sangat tangkas pergerakannya. Dia merupakan calon pengganti terbaik untuk Edwin van der Sar," kata pengurus United, Alex Ferguson kepada Berita Sky Sports. Tambahnya, United sememangnya mencari seorang calon yang mempunyai kualiti setaraf Edwin.

"Salah satu kualiti yang dimiliki Edwin adalah dia selalunya tenang dan berkebolehan dari segi menyusun pertahanan. David De Gea memiliki ciri-ciri sebegitu," ujar Fergie.

Media Britain melaporkan, perpindahan De Gea dianggarkan bernilai 21 juta euro (RM90 juta). Media Sepanyol pula menyebut pengumuman mengenai perpindahan itu akan dibuat Isnin depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...