Monday 23 May 2011

Ancelotti Di Pecat



Chelsea tidak menunggu masa yang lama untuk mengambil keputusan memecat Carlo Ancelotti serta-merta selepas didakwa gagal menghasilkan kejayaan seperti yang diharapkan, menurut kenyataan rasmi kelab itu.
Kejayaan merangkul dua trofi dalam musim pertamanya gagal menyelamatkan karier Ancelotti di Stamford Bridge apabila musim ini berakhir dengan tangan kosong.
Ancelotti terpaksa membayar harga mahal berikutan prestasi hambar pada pertengahan musim yang menyaksikan rekod terburuk The Blues dalam tempoh 15 tahun sehingga menjejaskan hajat mereka mempertahankan gelaran liga selain cita-cita Roman Abramovich untuk menggapai kejuaraan trofi Liga Juara-Juara tidak termakbul.
Perancangannya mula terjejas selepas Chelsea memecat pembantunya, Ray Wilkins pada November lalu. Pengendali dari Itali itu merupakan pengurus keenam Chelsea di era Abramovich selama lapan tahun.
Beliau dimaklumkan mengenai nasibnya sebaik perlawanan dengan Everton yang berkesudahan Chelsea kalah 1-0. Ternyata Ancelotti tidak menyedari apa yang bakal dilaluinya berikutan kenyataannya sebelum perlawanan itu menyebut beliau akan berbincang dengan pemilik kelab mengenai masa depannya minggu depan serta turut menyatakan untuk terus menerajui kelab London itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...