Friday 24 June 2011

"Melakar Kejayaan"


"Harimau Muda Malaya kini berada ditahap yang sebenarnya, era kegemilangan kini kembali transfomasi dalam kelas yang tersendiri. Walaupun di dalam situasi tekanan tetap berjuang tidak mengenali erti putus asa, sejarah kembali tercipta penantian hampir 31 tahun telah terbukti! Debaran kian memuncak seluruh rakyat Malaysia melihat ngaunman sang Harimau Muda Malaya


Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor memastikan Malaysia mara ke saingan peringkat kumpulan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 selepas jaringan mereka menumpaskan Lebanon 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.


Kedua-dua gol yang hadir seawal minit ketujuh dan minit 40' itu turut membawa skuad Harimau Muda Malaya bimbingan Ong Kim Swee menang 2-1 secara agregat setelah terikat tanpa jaringan di Stadium Sports City, Beirut, Ahad lalu. Tuan rumah  menunjukkan sentuhan siapa sebenarnya yang lebih tepat dalam gerakan penyudahan apabila membuka tirai gol hasil rembatan kaki kanan Mohd. Irfan Fazail.


Minit ke-30 menyaksikan Wan Zack Haikal Wan Nor pula melepaskan peluang keemasan dengan rembatan yang tersasar daripada umpanan leret cantik Gurusamy Govandar Kandasamy yang mengatasi dua pemain pertahanan lawan. Stadium Nasional gamat sekali lagi dengan sorakan ceria penonton apabila Wan Zack Haikal yang mendapat satu lorongan bola cantik Gary Steven Robbat menolak masuk gol kedua Malaysia sekali gus menghampakan lagi penjaga gol lawan, Mohamad Dakramanji yang cuba meluru keluar.


Malang menimpa Malaysia yang terpaksa bermain dengan 10 orang sebaik sahaja permainan babak kedua mencecah lima minit apabila Gary Steven dikenakan kad kuning kedua oleh Maasaki kerana mengasari pemain Lebanon. Pasukan pelawat yang dibimbing Samir Saad bagaimanapun cuba menyaingi ketika tuan rumah pincang beraksi dengan 10 pemain, merapatkan kedudukan menerusi Chadi Atie pada minit 64'. Kedudukan Malaysia 2-1 Lebanon sehinggalah ke tamat permainan.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...