Wednesday 18 May 2011

"Kehadiran Safee Sangat Dinantikan" :Rajagobal



Keputusan Pelita Jaya melepaskan penyerang sensasi negara, Safee Sali memberi perkhabaran gembira buat jurulatih kebangsaan, K.  Rajagobal untuk menambah bisa jentera serangan Malaysia.
Bagi Rajagobal, pelepasan Safee sememangnya memberikan impak kepada jentera serangan negara yang kebelakangan ini amat memerlukan sentuhan penjaring  terbanyak Piala AFF Suzuki itu.
"Kehadiran Safee sangat dinantikan dan memberi kelegaan terutamanya dibahagian serangan yang memerlukan sentuhan berbisa," ujar Rajagobal.
Menyedari tugasan Safee di Pelita Jaya amat diperlukan, jelas Rajagobal bukan niatnya untuk menggangu perjalanan Safee di dalam Liga Super Indonesia namun  skuad negara lebih memerlukan khidmatnya.
Pelepasan penuh kelab Pelita Jaya buat Safee akan bermula penghujung Julai depan dan ini memudahkan Rajagobal menumpukan perhatian menghadapi pertembungan  kelayakan Piala Dunia sebelum Safee kembali ke pangkuan kelabnya untuk latihan pra musim pada Oktober.
Walaupun Safee hanya memiliki tempoh satu hari untuk menjalani latihan bersama , bagi penggendali negara itu ia sudah cukup untuk Rajagobal menilai prestasi  Safee sebelum berangkat ke Hong Kong untuk pertemuan persahabatan pada 31 Jun depan.
Sementara Safee bersama pasukannya Pelita Jaya akan berdepan PSPS Pekanbaru dalam perlawanan Liga Super Indonesia pada 28 Mei.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...