Thursday 19 May 2011

Pengadil Malaysia Pertama Di Liga Super Indonesia



Suhaizi Shukri terpilih menjadi pengadil pertama dari Malaysia yang akan mengadili sebuah perlawanan di Liga Indones ia. Suhaizi akan mengadili perlawanan pertamanya di antara Persija Jakarta dan Persiba Balikpapan petang ini di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan.
Suhaizi yang sampai ke Jakarta semalam menemui FA Indonesia (PSSI) di sebelah petangnya untuk mesyuarat bersama dengan pihak pengurusan PSSI.
Ketika ditanya bagaimana perasaannya ketika ini beliau lantas melontarkan kegembiraanya berada di Jakarta.
“Saya sangat selesa dengan suasana di sini (Jakarta), ia kelihatan sangat menakjubkan dengan sambutan peminat dibandingkan dengan suasana di Liga  Malaysia.”
Selain Suhaizi, sebelum ini juga PSSI pernah menggunakan khidmat Nik Ahmad Yaakab untuk memastikan perjalanan proses bahagian teknikal pengadilan berjalan lancar.
PSSI menggunakan khidmat beberapa pengadil dari luar negara bertujuan untuk meningkatkan mutu dan standard liga secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...