Monday 16 May 2011

"Safee Kesuntukan Masa"



Penyerang berbisa, Safee Sali yang kini bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya hanya memiliki satu hari untuk mengikuti sesi latihan bersama skuad negara sebelum berlepas ke Hong Kong bagi perlawanan persahabatan pada 3 Jun depan.

Tempoh singkat itu bukanlah persediaan terbaik buat Safee yang dijangka tiba di Malaysia pada penghujung Mei, selepas pertemuan dengan pasukan ditangga kesepuluh liga Indonesia, PSPS Pekan Baru.
Bagaimanapun Safee masih menunggu kata putus Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tarikh tiket penerbangan pulang ke Malaysia yang akan diaturkan badan induk itu.
Dengan jadual yang ketat, Safee perlu pulang ke Jakarta dari Hong Kong bagi menghadapi misi penting Pelita Jaya untuk menentang pasukan ditangga ketiga liga, Persija Jakarta pada 5 Julai.
Namun, menurut Naib Presiden FAM, Mohd Hamidin Mohd Amin, Safee tidak mempunyai masalah besar untuk bersama skuad negara mengharungi aksi persahabatan antarabangsa dengan tiga gergasi eropah iaitu Chelsea pada 13 Julai, Liverpool (16 Julai) dan Arsenal (21 Julai).
"Pihak presiden sudah maklumkan kepada saya, sejurus habis perlawanan liga iaitu penghujung bulan Jun, mereka membenarkan Safee untuk menjalani latihan kebangsaan di Malaysia," katanya.
Safee sebelum ini memberitahu dia benar-benar berazam mahu membantu kelab Pelita Jaya untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Super Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...