Thursday 9 June 2011

MU "Resah"


Ketika situasi tampak samar-samar, sama ada akan mendapat khidmat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder - Manchester United kini ‘terjerat’ dengan satu lagi situasi terbaru.  Mereka tertekan melihat gelagat Real Madrid yang mahu memancing ayam tambatan mereka, Javier Hernandez sehingga sanggup meningkatkan tiga kali ganda gaji mingguan kepada £75,000 (RM367,500). Lebih menyakitkan Real meminta United meletakkan harga jualan mereka untuk penyerang lincah bergelar ‘Chicharito’ atau Little Pea itu yang kini antara pemain paling terendah bayaran iaitu £25,000 (RM122,500) seminggu.


Sebelum ini, United dan Manchester City bersaing untuk menandatangani Sneijder, 27, yang menyatakan hasrat untuk berpindah dari Inter musim panas ini dan menjadikan England tempat barunya beraksi. Pengurus United Alex Ferguson sudah memburu untuk mendapatkan khidmatnya setiap tahun dan percaya Sneijder adalah calon terbaik dan sempurna untuk menggantikan Paul Scholes di Old Trafford.

Tetapi tuntutan Sneijder yang mahukan gaji £200,000 seminggu (RM980,000) sukar dipenuhi United, sekali gus menyaksikan Chelsea kini pilihan terbaiknya berbanding City. Ketika Chelsea yakin dapat memikat Guus Hiddink sebagai bos mereka minggu depan, The Blues menyertai persaingan bernilai 30 juta pounds (RM147 juta) untuk mendapatkan Sneijder - atas nasihat jurulatih itu.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...