Monday 6 June 2011

50 Juta Pound Tawaran Buat Cesc Fabregas



Inter Milan menjadikan persaingan merebut Cesc Fabregas semakin sengit selepas pemilik kelab, Massimo Moratti sedia menawarkan 50 juta pound (RM247 juta) bagi mendapatkan bintang tengah Arsenal itu.

Langkah terbaru Moratti untuk memancing Fabregas menguatkan lagi spekulasi bahawa gergasi bola sepak Itali itu bersedia melepaskan bintang tengah Belanda, Wesley Sneijder yang dimahukan oleh Manchester United. Malah, pengumuman Inter itu turut memberi tamparan baru buat Barcelona, yang terlebih dulu menyuarakan hasrat untuk membawa Fabregas kembali ke Sepanyol.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...