Thursday 9 June 2011

Isu Rasuah Kembali



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyerahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatannya (JKPT) untuk menentukan bentuk tindakan susulan berdasarkan keputusan mahkamah berhubung pertuduhan rasuah ke atas jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan.

Ditanya sama ada semua keputusan Piala Presiden musim ini bakal digantung atau dirombak, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam, secara ringkas berkata: "Ia terpulang kepada jawatankuasa itu."

Beliau enggan mengulas lanjut memandangkan kes itu akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Seremban 7 Julai ini, dikhuatiri akan mengganggu proses perbicaraan. Kelmarin, jurulatih berkenaan, Yusarman Yusof, 35, mengaku tidak bersalah di mahkamah itu atas 21 pertuduhan menyogok 11 pemainnya, antara RM200 hingga RM2,000 bagi perlawanan menentang SDM Navy di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21 April lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...