Monday 27 June 2011

Aura Kebangkitan


Aura kebangkitan yang disuntik dalam skuad kebangsaan berikutan kejayaan menamatkan kemarau kejuaraan bertahun-tahun lamanya di peringkat Asia Tenggara membuatkan penyerang berbisa, Safee Sali  yakin skuad kendalian Datuk K Rajagobal mempunyai ramuan terbaik untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.


Menurutnya, Malaysia, pasukan di ranking ke 143 dunia memiliki kemampuan untuk menundukkan dua lawan pusingan awal, Taiwan (160) dan Singapura (144) untuk memastikan tempat bersaing dalam peringkat kumpulan pusingan kelayakan itu.


 Secara realistik, saya yakin skuad kebangsaan boleh melepasi pusingan kedua dan bersaing dengan pasukan terbaik Asia. Mungkin selepas itu kita boleh buat kejutan kerana jika kita bermain dalam peringkat kumpulan, kita akan berusaha melakukan yang lebih baik.


Saya harap skuad kebangsaan boleh melangkah sejauh yang boleh pada pusingan kelayakan ini, katanya yang mencipta nama selaku penjaring terbanyak ketika membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu buat kali pertama sejak 1996.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...