Thursday 30 June 2011

90'minit Pertama Menepati Ramalan


Permulaan baik dilakar skuad Harimau Malaya pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 apabila mencipta kemenangan 2-1 ke atas Taiwan semalam namun hakikat yang terpaksa ditelan, ranjau masih berliku menanti mereka kerana kedudukan itu belum selesa buat anak buah Datuk K Rajagobal.


Harimau Malaya tidak sepatutnya membenarkan Taiwan pulang dengan satu gol yang hanya meletakkan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal tidak terlepas menghadapi situasi cemas, sekalipun menang di Bukit Jalil, semalam. Apa pun, dua gol hasil jaringan kapten, Safiq Rahim minit 28' dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak minit 55' pada setiap babak permainan menepati sasaran awal jurulatih dan keputusan seri dalam perlawanan kedua nanti sudah memadai untuk mengharungi halangan berikut menentang pasukan tetangga, Singapura.


Kealpaan benteng pertahanan ketika selesa mendahului dua gol, memudahkan Taiwan mendapat satu gol hasil jaringan Chen Po-Liang minit 76' pastinya amat berharga mengambil kira gol di tempat lawan. Biarpun tidak berpuas hati dengan pemain pertahanannya yang dikatakan 'tidur' oleh Rajagobal sehingga pintu gawang mereka dibolosi, namun Rajagobal masih yakin skuad Harimau Malaya mampu melepasi halangan perlawanan kedua di Taiwan Ahad ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...