Tuesday 10 May 2011

Selangor Kembali Terajui Liga Super


Selangor merampas kedudukan teratas Liga Super daripada pasukan Kelantan, selepas ia menewaskan Kedah 2-0 pada pertemuan di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Pasukan Red Giants itu hanya bangkit pada babak kedua untuk mencari gol kemenangan menerusi Mohd Fadzil Saari pada minit ke-59 dan Rudie Ramli pada minit ke-87.

Kejayaan Selangor di bawah bimbingan jurulatih K.Devan itu membolehkan pasukan tersebut kini mengumpul 42 mata, tiga mata di hadapan pencabar terdekat Kelantan, yang sebelum ini mengungguli liga berdasarkan kelebihan gol, bagaimanapun sehingga semalam Selangor sudah mengharungi 19 perlawanan berbanding Kelantan 18.



Sedutan Perlawanan: Kedah menentang Selangor Liga Super 9 May 2011



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...