Wednesday 11 May 2011

Malaysia Bakal Di Siasat FIFA



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka menerima kunjungan daripada pegawai pencegah rasuah FIFA minggu depan, tetapi mereka masih belum dimaklumkan mengenai perkara yang bakal disiasat, kata Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad kepada Reuters.

Menurut Azzuddin, beliau telah dihubungi oleh Chris Eaton, Isnin lalu selepas laporan media di sini kelmarin, yang mendedahkan ketua keselamatan FIFA akan menyiasat berhubung dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe yang diadakan pada 2009.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini. Cuma saya ada membacanya melalui laporan media, minggu lepas tetapi kami masih belum dimaklumkan oleh FIFA.

"Kami ada menghubungi Eaton semalam (kelmarin) dan katanya mereka akan datang, minggu depan. Katanya dia akan menghantar surat penjelasan dalam minggu ini," katanya kepadaReuters ketika dihubungi di sini, semalam.

Azzuddin berkata, lawatan itu mungkin ada kaitan dengan dua perlawanan pada 2009 yang dilucutkan status gred A pada pertemuan itu selepas mendapat tahu pasukan Zimbabwe hanya berstatus kelab.
Azzudin turut menafikan FAM membiayai kunjungan pasukan Zimbabwe ke Malaysia.

"Kami cukup jelas dengan perlawanan menentang Zimbabwe, yang mana kami telah pun dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Zimbabwe sendiri.

"Apabila anda menerima surat daripada persatuan bola sepak negara lain, adalah tidak beretika anda mempersoalkan mengenai skuad antarabangsa yang mereka hantar. Kami sama sekali tidak akan mempertikaikan mengenai pasukan berkenaan," katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...