Thursday 12 May 2011

Kaka Bakal Ke Chelsea



Ibu kepada bintang Real Madrid, Kaka mengumumkan bahawa keluarganya akan berpindah ke London pada Ogos ini.

Kenyataan itu menimbulkan ura-ura mengenai kemungkinan pemain tengah Brazil itu akan menyarung jersi Chelsea menjelang sepak mula musim depan.

Ibu Kaka, Simone Leite dalam akaun Twitter miliknya menulis: "Musim depan kami akan berada di London. Kami akan berada di situ pada Ogos."

Kenyataan tersebut telah pun dipadamkan namun ia terlalu lewat untuk menghalang ia daripada disebarkan ke serata dunia bola sepak.

Kaka, 29, bukan lagi menjadi pilihan utama Jose Mourinho yang telah memeterai perjanjian membeli Nuri Sahin dari Borrusia Dortmund dengan harga 10 juta pound (RM48.9 juta).

Namun, Real tidak mahu membiarkan Kaka yang dibeli 57 juta pound (RM278.4 juta) daripada AC Milan pergi dengan murah.

Malah, dia menerima gaji sebanyak 200,000 pound (RM977,000) di Bernabeu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...