Thursday 12 May 2011

Safee Di Perlukan



SKUAD bola sepak kebangsaan akan menguji Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa, 3 Jun ini tanpa penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi Che Mat namun penyerang berbisa Safee Sali di perlukan skuad kebangsaan.

Keputusan Rajagobal tidak menggunakan khidmat Khairul Fahmi serta enam lagi pemain skuad Olimpik iaitu Ahmad Fakri Saarani, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan yang sebelum ini mendapat tempat dalam skuad kebangsaan tidak mengejutkan.

Ini kerana beliau sudah membayangkan untuk mengetepikan pemain skuad Olimpik kendalian Ong Kim Swee bagi memberi laluan kepada rakan sejawatnya itu mengumpul pemain bagi persiapan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 berdepan Lubnan di Beirut, 19 Jun depan.
Untuk mengisi kekosongan ditinggalkan pemain skuad Olimpik itu, Rajagobal membawa masuk lima muka baru, Mohamad Hisyamudin Mohamed Shaari (Perak), Helmi Remeli, Ismail Faruqi Ashari, Abdul Hadi Yahaya (Terengganu) dan Muhamad Shahrom Abdul Kalam (Kuala Lumpur).

Pemain yang kembali diberi peluang menyarung jersi kebangsaan adalah Mohamad Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar (Kedah) Mohd Nasriq Baharom (Selangor), Mohd Nasril Mat Nourdin (Perak) dan Syed Adney Syed Hussein (Sabah).

Paling dinanti-nantikan semestinya pemain yang mencuri tumpuan dalam Liga Super Indonesia ketika ini, Safee Sali yang kembali bermain dengan skuad kebangsaan sejak menyertai kelab Pelita Jaya FC.
Kali terakhir Safee, penjaring terbanyak ketika Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu bersama skuad Hari Malaya ketika menang 2-0 dengan Hong Kong Februari lalu namun dia tidak beraksi ketika seri 1-1 dengan kelab Liga Singapura Etoile FC Mac lalu.

Skuad kebangsaan menjadikan perlawanan persahabatan dengan Hong Kong ini antara persiapan menghadapi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 menentang Taiwan pada 29 Jun dan 3 Julai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...