Monday 1 August 2011

Mengganas Di Slovakia


30/07.2011, Kemenangan kedua Harimau Muda Malaya pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan. Setelah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi sulung Selasa lalu, jurulatih Ong Kim Swee hanya menurunkan barisan simpanan pada aksi kedua itu.


Lima pemain yang beraksi pada Selasa lalu iaitu Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail, Syazwan Tajuddin, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zack Haikal direhatkan. Ong Kim Swee menurunkan K. Sasikumar, Affize Faisal Mamat, Amer Saidin, Azrul Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Faizal Abu Bakar, Nazmi Faiz Mansor, Azrif Nasrulhaq Badrul, Izuan Solahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Ahmad Hazwan Bakri. Enam pertukaran dibuat sepanjang babak kedua iaitu memasukkan Gary Steven Robbat, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu dan Zubir Azmi.


Pada perlawanan kedua ini, para pemain secara keseluruhannya telah menunjukkan kebangkitan serta keinginan untuk menyamakan kedudukan serta mendapatkan gol kemenangan dan ia harus dipuji, Hazwan telah menunjukkan kematangan serta mencuba beberapa kali ke arah penjaga gol lawan tetapi yang lain memerlukan sedikit lagi masa untuk menyesuaikan corak permainan.


Perlawanan ketiga bakal berlangsung 2 Ogos 2011 dengan satu lagi kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...