Saturday 4 June 2011

Hadi Penyelamat


Abdul Hadi Yahaya menyelamatkan reputasi dan rekod baik skuad Harimau Malaya daripada tewas apabila jaringannya membantu mengikat Hong Kong 1-1 dalam perlawanan persahabatan di negara itu, semalam. 

Penyerang 26 tahun dan menduduki tangga kedua carta senarai penjaring terbanyak Liga Super di belakang Norshahrul Idlan Talaha itu, menunjukkan bisanya apabila menyamakan kedudukan selepas enam minit masuk menggantikan Safee Sali pada minit ke-66.


Begitupun, anak buah K Rajagobal tersentak apabila lawan yang tewas 0-2 dalam perlawanan persahabatan di Shah Alam Februari lalu, merobek gawang lawan yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee pada minit ke-60 menerusi Chan Siu Ki.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...