Saturday, 7 May 2011

Safee Sali Ajak Norshahrul Beraksi Di Luar Negara



Penyerang Pelita Jaya, Safee Sali nyata menyokong kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa untuk memberi peluang kepada penyerang The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha beraksi di luar negara.
Tidak dinafikan, Norshahrul antara pemain berkarisma yang dimiliki Kelantan ketika ini dimana sumbangannya banyak membantu pasukan itu memacu kejayaan.
Norshahrul begitu menyerlah dalam membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim lalu. Pemain kelahiran Terengganu ini juga antara tonggak utama ketika Malaysia menjulang kejuaraan Piala AFF 2010.
Bagi Safee, sekiranya Norshahrul diberi peluang untuk beraksi di luar negara musim depan, tidak msutahil dia mampu menyerlah dan membuktikan Malaysia mampu melahirkan pemain yang berkualiti.
"Kalau pendapat ikhlas saya, ia memang bagus untuk kerjaya dia dan bagus untuk perkembangan bola sepak di Malaysia.
"Ia membuktikan pemain Malaysia dipandang oleh pasukan luar negara," katanya.
Safee yang meledakan enam gol untuk Pelita Jaya, turut percaya cadangan FAM untuk kembali membawa pemain import dalam liga tempatan dapat memberi impak yang positif khususnya pemain muda.
"Pemain  import patut diadakan kembali kerana ia mampu memeriahkan Liga Super di Malaysia. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada pemain muda," tambah Safee.
Sementara itu, Safee Sali akan bersama Pelita Jaya menentang PSPS Pekan Baru, 28 Mei depan dalam Liga Super Indonesia.
Sumber: D5 Sport.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...