Monday, 2 May 2011

MU Tumbang Di Tangan Arsenal



Perebutan mahkota EPL kembali terbuka apabila Manchester United tumbang kepada Arsenal 1-0 hasil sumbangan Aaron Ramsey.
Kekalahan itu meletakkan pendahulu liga itu kini hanya dipisahkan tiga mata dengan Chelsea yang mampu memintas Red Devils andai berjaya mengatasi mereka dalam pertemuan di Old Trafford minggu depan.
Ketiadaan kapten Arsenal, Cesc Fabregas mendorong Arsene Wenger memberi peranan perancang kepada Aaron Ramsey untuk membarisi barisan termudanya musim ini.
Kedua-dua pasukan menampilkan corak seimbang pada separuh masa pertama yang menyaksikan The Gunners dinafikan penalti apabila pengadil gagal melihat tindakan Nemanja Vidic menampan bola dengan tangan bagi menghalang hantaran lintang Theo Walcott.
United turut memiliki menerusi sepakan percuma Wayne Rooney.
Gol Arsenal hadir pada minit ke-56 selepas Ramsey berjaya menghidu umpanan Robin van Persie.
Di Anfield, Liverpool memanjat ke tangga kelima memintas Tottenham Hotspur selepas meraih meraih mata penuh dengan menunddukan Newcastle United 3-0.
Gol The Reds disumbangkan Maxi Rodriguez sebelum Dirk Kuyt menyudahkan penalti selepas Luis Suarez dikasari sebelum Suarez sendiri melengkapkan kemenangan mereka.
Birmingham City pula menghidupkan peluang mereka untuk kekal di saingan EPL apabila berjaya mengikat Wolves 1-1 sekalipun beraksi dengan 10 pemain.
Manchester City berada di landasan tepat untuk mewarnai kempen Eropah musim depan selepas mengalahkan West Ham 2-1.
Sumber: D5 Sports

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...