Saturday, 4 June 2011

Hadi Penyelamat


Abdul Hadi Yahaya menyelamatkan reputasi dan rekod baik skuad Harimau Malaya daripada tewas apabila jaringannya membantu mengikat Hong Kong 1-1 dalam perlawanan persahabatan di negara itu, semalam. 

Penyerang 26 tahun dan menduduki tangga kedua carta senarai penjaring terbanyak Liga Super di belakang Norshahrul Idlan Talaha itu, menunjukkan bisanya apabila menyamakan kedudukan selepas enam minit masuk menggantikan Safee Sali pada minit ke-66.


Begitupun, anak buah K Rajagobal tersentak apabila lawan yang tewas 0-2 dalam perlawanan persahabatan di Shah Alam Februari lalu, merobek gawang lawan yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee pada minit ke-60 menerusi Chan Siu Ki.

Thursday, 2 June 2011

Mahligai $27 Juta David Beckham


Ini bukan cerita artis yang sekadar menerima kunjungan (baru kunjungan) helikopter atau disambut dengan Bumblebee. Ini cerita mengenai A-list superstar yang sanggup berhabisan sewa $60 000 sebulan demi menyambut kelahiran anak perempuan David Beckham! Dan, nilai semasa mahligai ini ialah $27 Juta!




Mahligai yang berada di Malibu ini mempunyai 7 bilik tidur, 9 bilik mandi, tingkap daripada lantai ke bumbung, dinding marmar, gim, kolam renang & sebuah taman tropikal. Difahamkan, Beckham & Victoria amat teruja untuk menyambut kelahiran anak perempuan pertama setelah dikurniakan 3 anak lelaki iaitu, Brooklyn (11), Romeo (8), dan Cruz (5).




Victoria dijangka akan melahirkan anaknya pada bulan Julai ini. Pasangan selebriti ini turut mempunyai rumah mewah di Beverly Hills yang bernilai $23 juta. Kredit berita & gambar Dailymail.

Wednesday, 1 June 2011

Belum Pasti - Safee



Safee Sali tidak menolak sebarang kemungkinan untuk meninggalkan Indonesia jika persatuan bola sepak negara itu dikenakan hukuman penggantungan oleh badan induk bola sepak antarabangsa Fifa.
Katanya, dia akan menunggu keputusan yang akan dikeluarkan Fifa mengenai isu itu sebelum membuat keputusan mengenai kariernya bersama kelab Pelita Jaya FC dalam Liga Super Indonesia (ISL).

“Mengenai masalah PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia), saya masih menunggu keputusan yang akan dikeluarkan Fifa. Sekarang saya tengah fikir mengenai masa depan tapi kena tunggu keputusan mengenai hukuman itu dulu,” katanya yang berpindah dari Selangor ke Pelita Jaya Februari lalu.
Masalah dalaman yang gagal diselesaikan PSSI menyebabkan mereka dijangka akan digantung daripada terbabit daripada menyertai sebarang kejohanan bola sepak antarabangsa termasuk pusingan kelayakan Piala Dunia serta Sukan Sea yang dianjurkan di Palembang November ini.

Sekiranya dihukum, PSSI masih boleh terus menganjurkan liga tempatan namun reputasinya pasti sudah terjejas apatah lagi tanpa pengiktirafan badan induk bola sepak antarabangsa.

Ditanya mengenai kemungkinan akan kembali ke pangkuan pasukan tempatan selepas tamat musim di Indonesia, Safee berkata, dia masih berharap untuk dapat mengembangkan karier di luar negara.
“Selagi boleh saya mahu terus kekal (di Indonesia), kalau tak boleh mungkin saya akan cuba bersama pasukan lain di negara jiran,” katanya yang menyumbat enam gol dalam sembilan perlawanan untuk Pelita Jaya.

Berbatov Bakal Tinggalkan MU



Dimitar Berbatov hampir pasti meninggalkan Manchester United selepas disisihkan daripada skuad perlawanan akhir Liga Juara-Juara
.
Penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini dengan sumbangan 21 gol, tidak berada di tempat duduk penonton Stadium Wembley sewaktu perlawanan berlangsung. Selepas perlawanan berakhir, dia juga tidak menghadirkan diri bersama pemain-pemain lain yang turut tidak tersenarai di atas padang.

Sebaliknya, dia dikatakan terus menaiki bas pasukan sebaik wisel penamat dibunyikan. Difahamkan tindakan pengurus United, Alex Ferguson tidak menyenaraikannya atas alasan, rekod jaringannya dalam Liga Juara-Juara cukup hambar kerana gol terakhirnya hadir pada Oktober 2008. Dia jarang beraksi dan dia menjadi lebih berang mengetahui Michael Owen dipilih.

Safee Kembali



Penyerang sensasi, Safee Sali yang turun berlatih bersama skuad kebangsaan buat kali pertama selepas lebih tiga bulan menyepi, yakin pengalaman beraksi di Liga Super Indonesia telah meningkatkan mutu permainannya sekali gus dapat membantu menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan nanti.

Safee yang telah meledak enam gol dalam 10 penampilan bersama Pelita Jaya, tiba ke tanah air kelmarin sejurus selesai beraksi dalam perlawanan liga menentang PSPS Pekan Baru. Pelita Jaya bagaimanapun tewas 0-1.
Turun berlatih di Wisma FAM petang ini, Safee langsung tidak menunjukkan sebarang tanda keletihan, sebaliknya berlatih penuh semangat.

Mungkin rindunya terhadap menyarung jersi kuning hitam terlalu mendalam, dia tidak sabar untuk turun aksi persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat ini.

Sunday, 29 May 2011

Final Liga Juara-Juara 2011 Paling Lumayan



Final Liga Juara-Juara di antara Manchester United dan Barcelona awal pagi tadi akan menghasilkan keuntungan 369 juta euro (RM1.6 billion) terhadap ekonomi Eropah. Kajian MasterCard menunjukkan juara akan menerima kira-kira 126 juta euro (RM545 juta), hasil daripada ‘hadiah kemenangan, peningkatan nilai pasukan terbabit, hak penyiaran televisyen dan media yang meningkat serta peningkatan ekuiti penjenamaan’.

Pasukan yang kalah pula menerima 73 juta euro (RM315.7 juta) manakala tuan rumah, London akan menerima faedah ekonomi 52 juta euro (RM225 juta) ketika peminat membelanjakan wang di bar, hotel dan di Stadium Wembley yang menjadi gelanggang final perlawanan itu. Ekonomi Eropah juga meraih 100 juta euro (RM432.6 juta) dan bandar raya kelab yang muncul juara akan menerima 18 juta euro (RM77.8 juta) hasil perbelanjaan pengguna dan pelancongan.

“Manchester United FC menentang FC Barcelona adalah final impian menjadi idaman setiap peminat bola sepak. Tapi juara kelab Inggeris dan Sepanyol itu juga adalah dua kelab paling berjaya di luar padang,” kata penulis yang membuat kajian itu, Simon Chadwick.

“Mereka akan mengaut keuntungan kira-kira 200 juta euro (RM865.2 juta) sekali gus menjadikan final itu sebagai perlawanan akhir paling lumayan dalam sejarah bola sepak Eropah,” katanya yang juga Pengarah Pusat Perniagaan Sukan Antarabangsa di Universiti Coventry, di tengah England.

Laporan juga menambah ekonomi Amerika Latin akan menerima durian runtuh sehingga 100 juta euro (RM442.6 juta) daripada perlawanan akhir itu yang menyaksikan ayam tambatan Barcelona, Lionel Messi dari Argentina dan pertahanan Manchester United dari Brazil, Rafael Da Silva dijangka diturunkan.

Piya Wira Red Warriors


KELANTAN kembali mendahului persada Liga Super dengan kelebihan jaringan selepas mengutip mata penuh mengatasi Pahang 1-0, sementara pendahulu sebelumnya, Terengganu tersentak apabila tewas 0-1 kepada Kedah di halaman sendiri, malam tadi. Kedua-dua pasukan mengumpul 47 mata tetapi skuad kendalian Datuk M Karathu merampas puncak liga atas kelebihan jaringan - 46 gol berbanding anak buah Irfan Bakti Abu Salim yang hanya meledak 45 gol. Perbezaan jaringan dan bolos kedua-dua pasukan turut terikat pada 26 gol.


Jaringan ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi (Piya) pada minit kelapan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, sudah cukup untuk membantu tuan rumah merampas kembali kedudukan teratas yang terlepas ke tangan Terengganu, Rabu lalu. Norshahrul Idlan Talaha berpeluang menambah jaringan pada minit ke-24 apabila pengadil menganugerahkan sepakan penalti selepas Nurul Azwan Roya dijatuhkan dalam kotak penalti, tetapi pemain dengan jolokan Mat Yo itu gagal menyempurnakan sepakan.

Chelsea Sanggup Menawarkan RM115 juta Untuk Neymar



Chelsea melancarkan bidaan baru untuk mendapatkan penyerang sensasi Brazil, Neymar dengan sanggup menawarkan 23 juta pound (RM115 juta). Gergasi bola sepak Liga Perdana England itu sebelum ini menawarkan 19 juta pound (RM95 juta) bagi mendapatkan bintang muda Santos itu, namun tawaran tersebut telah ditolak.

Pemilik Chelsea, jutawan Rusia, Roman Abramovich yang memberi keutamaan kepada misi mendapatkan penyerang muda berbakat itu dikatakan sanggup merendah diri untuk berjumpa sendiri dengan Neymar, 19, secara peribadi bagi mempelawanya ke London. Sumber Chelsea berkata, Abramovich sendiri bersedia terlibat secara langsung dalam usaha mendapatkan tandatangan Neymar.


"Beliau (Abramovich) bersedia untuk bertemu dengan Neymar bagi membuktikan keikhlasan dan betapa khidmatnya dikehendaki di Stamford Bridge," jelas sumber tersebut. Berita ketibaan Neymar itu pasti akan meningkatkan lagi spekulasi mengenai masa depan dua penyerang veteran, Didier Drogba dan Nicolas Anelka. Kedua-dua penyerang tersebut telah pun disebut-sebut bakal meninggalkan kelab London itu sejak kehadiran Fernando Torres yang dibeli dengan bayaran 50 juta pound (RM250 juta) dari Liverpol.

Barcelona Juara Liga Juara-Juara Buat Kali Keempat


Barcelona merangkul kejuaraan keempat Liga Juara-Juara dengan bergaya dengan membenam Manchester United 3-1 dalam aksi di Stadium Wembley. Barcelona memecah kebuntuan pada minit ke-27 selepas mendominasi perlawanan sebaik wisel ditiupkan apabila Pedro Rodriguez berjaya membaca hantaran Xavi Hernandez. 


Bagaimanapun keceriaan mereka tidak lama apabila kesungguhan Manchester United terbukti dengan sentuhan Wayne Rooney tujuh minit kebuntuan untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan 1-1. Permainan bersambung tidak seperti yang diharapkan buat peminat Red Devils apabila pasukan dari Catalunya itu terus mendominasi permainan.


Asakan bertali-arus mencerahkan lagi peluang juara 2009 itu memburu gol. Kawalan longgar terhadap Lionel Messi membawa padah buat pertahanan Manchester United yang melepaskan rembatan leret sehingga gagal dibaca Edwin van Der Sar. Tatkala Messi diberi kawalan ketat, David Villa mencuri perhatian dengan kerja-kerasnya sepanjang perlawanan. Penyerang terbanyak Sepanyol membunuh sisa perjuangan lawan untuk menjadikan kedudukan 3-1. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...