Penyerang sensasi, Safee Sali yang turun berlatih bersama skuad kebangsaan buat kali pertama selepas lebih tiga bulan menyepi, yakin pengalaman beraksi di Liga Super Indonesia telah meningkatkan mutu permainannya sekali gus dapat membantu menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan nanti.
Safee yang telah meledak enam gol dalam 10 penampilan bersama Pelita Jaya, tiba ke tanah air kelmarin sejurus selesai beraksi dalam perlawanan liga menentang PSPS Pekan Baru. Pelita Jaya bagaimanapun tewas 0-1.
Turun berlatih di Wisma FAM petang ini, Safee langsung tidak menunjukkan sebarang tanda keletihan, sebaliknya berlatih penuh semangat.
Mungkin rindunya terhadap menyarung jersi kuning hitam terlalu mendalam, dia tidak sabar untuk turun aksi persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat ini.
No comments:
Post a Comment