Friday, 8 July 2011
Undian Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik 2012 : "Kita Mampu Buat Kejutan" Kim Swee
Seperti dijangka, Malaysia akan berdepan gergasi-gergasi Asia dalam misi untuk layak ke Sukan Olimpik London tahun depan. Undian yang dilangsungkan di Ibu Pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil semalam, skuad Harimau Muda diletakkan dalam Kumpulan C bersama Jepun di samping Bahrain dan Syria. Ketiga-tiga pencabar cukup hebat buat Malaysia selepas menempatkan diri dalam kelompok 12 pasukan terbaik untuk beraksi di pusingan terakhir kelayakan kali ini.
“Saya tak nak fikir mengenai pasukan lawan kerana tumpuan saya adalah untuk memantapkan dan memperbaiki prestasi pasukan negara. Kita kena realistik kerana saingan ini bukan mudah tapi dengan sokongan padu penyokong negara, kita mampu membuat kejutan. Saya tidak meletakkan apa-apa sasaran tapi kami akan cuba yang terbaik. Apa yang penting kita perlu mendapat tiga mata di tempat sendiri. Kalau kita berjaya melakukannya, kita pasti berpeluang,” kata Ong Kim Swee.
Tuesday, 5 July 2011
"Bakal Menentang Harimau Malaya"
Barisan "SERBA BARU" Singapura: Lionel Lewis, Juma'at Jantan, Shi Jia Yi, Qiu Li, Hassan Sunny Shahdan Sulaiman, Shaiful Esah, Fazrul Nawaz, Ismail Yunos, Hariss Harun, Khairul Amri, Shahril Ishak, Mustafic Fahrudin, Daniel Bennett, Aleksandar Duric, Isa Halim, Delwinder Singh, Hamqaamal Shah, Ruzaini Zainal, Sufian Anwar, Andrew Tan, Afiq Yunos, Shukor Zailan, Raihan Rahman, Safuwan Baharudin, Fazli Ayob.
Singapura pasukan yang "SERBA BARU" bakal menentang Harimau Malaya pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia.
Pada Januari 2011, pasukan bola sepak Singapura memutuskan untuk membubarkan dan merombak pasukan kebangsaan itu. Raddy Avramovic dilantik sebagai jurulatih Singapura untuk mengendalikan pasukan ini, untuk persediaan kelayakan Piala Dunia 2014. Pada bulan Mei beliau telah mengumumkan 33 senarai nama pemain untuk dibuat secara pemilihan di mana beliau telah membuat persahabatan menentang Maldives pada 7 Jun 2011, dimana pasukan Singapura telah menundukan Maldives 4-0.
Wira baru Singapura Aleksandar Duric dan Qiu Li adalah pemain bakal menjadi tumpuan kerana kedua-duanya selaku penjaring dalam perlawanan menentang Maldives. Sebelum itu pasukan Singapura juga telah mengadakan persahabatan tertutup menentang kelab Liga S iaitu Etoile Fc dimana mereka telah menewaskan kelab tersebut 2-1. Kini mereka menanti perlawanan sebenar kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia, Pasukan Singapura akan menentang Harimau Malaya pada 23 July 2011 di gelangang sendiri Stadium Jalan Besar manakala pada 28 July 2011 mereka akan bertandang di Bukit Jalil sebagai perlawanan timbal balik.
Monday, 4 July 2011
Tekanan Debaran & Saat Mencemaskan
Harimau Malaya terpaksa mengharungi tekanan debaran & saat mencemaskan sebelum layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia, menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan walaupun tewas 3-2 kepada Taiwan di Stadium Perbandaran Taipei, keputusan sepenuhnya agregat 4-4.
KETUA jurulatih Harimau Malaya yang jelas berang dengan barisan pemain negara berkata, walaupun skuad kebangsaan berjaya ke pusingan kedua, namun, beliau masih tetap tidak berpuas hati terhadap persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya.
“Memang kita layak ke pusingan kedua tetapi kita tidak bermain dengan corak sebenar sehingga tewas pada perlawanan timbal balik ini,”
"Dua kali kita mendahului pihak lawan, tetapi pemain kita mudah hilang tumpuan serta ketahanan mental serta fizikal yang cukup ketara jelas kelihatan."
“Selama menjadi jurulatih, ini kali pertama ada tiga penalti ke atas pasukan saya tetapi satu penalti untuk kita dinafikan. Saya tidak mahu salahkan sesiapa dan berjanji skuad negara akan bangkit pada pusingan kedua nanti.” kata Datuk K Rajagobal.
Harimau Malaya layak ke pusingan kedua dengan agregat 4-4 menang hasil peraturan gol tempat lawan (Taiwan), akan menentang Singapura dipusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia pada 23 Julai di Singapura manakala perlawanan kedua timbal balik dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)