Saturday, 14 May 2011

Chelsea Transfomasi


Segar dalam ingatan Chelsea era 90'an, tercetus satu tranfomasi terhadap kelab tersebut. Bermulanya dengan kehadiran Ruud Gullit pada tahun 1995 telah menarik ribuan penonton dunia untuk mengenali chelsea sehinggalah ke hari ini.Apabila Ruud Gullit di lantik pengurus satu lagi tranfomasi di lakukan apabila kemasukan pemain-pemain ternama dunia ke Chelsea seperti:

Ruud Gullit

Mark Hughes

Dan Petcrescu

Gianluca Vialli

Roberto Di Matteo

Gianfranco Zola

Tore Andre Flo

Celestine Babayaro

Gustavo Poyet

Marcel Desailly

Pierluigi Casiraghi

Graeme Le Saux

Brain Laudrup

Bjarne Golbaek

George Weah

Juan Sebastian Veron

Emmanuel Petit

Hernan Cerspo

Apabila pada tahun era 2000 Chelsea menjadi salah satu kelab terkaya di dunia setelah pembelian  jutawan Russia iaitu Roman Abramovich. Satu lagi tercetus tranformasi dengan pembelian pemain-pemain dunia seperti: Mario Stanic, Eidur Gudjohsen, Jimmy Floyd Hasselbaink, Frank Lampard, William Gallas, John Terry, Damien Duff, Claude Makelele, Geremi, Ricardo Carvalho, Peter Cech, Dieder Drogba, Paulo Ferreira, Arjen Robben, Micheal Essien, Andriy Shevchenko, Micheal Ballack, Florent Malouda, Salomon Kaluo, Mikel John Obi, Nicolas Anelka, Branislav Ivanovic & David Luiz. Kemungkinan akan ada transfomasi dan kejutan yang akan di lakukan...










Amukan Kijang Gergasi Merah Kecundang



PERLAWANAN terbaik pada musim ini.” Itu reaksi ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu selepas skuad The Red Warriors itu hampir pasti ke final Piala FA musim ini apabila membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama malam tadi. Menurut Karathu, skuad bimbingannya itu mempamerkan corak permainan menarik dengan pelbagai teknik hantaran dan bijak mengubah tempo perlawanan untuk memerangkap Selangor buat kali kedua di Stadium Shah Alam musim ini.

“Mereka menunjukkan keazaman tinggi dengan kepelbagaian rentak permainan. Malah kami sepatutnya mendapat jaringan yang lebih besar selepas dua percubaan menggegar palang dan tiang lawan pada separuh masa pertama. “Namun selepas dua gol awal saya memang merasakan kami boleh mendapat lebih daripada itu dan ternyata tiga gol lagi dijaringkan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.

Karathu berkata kemenangan itu dicapai hasil kerjasama antara semua pemain dan itu adalah karektor yang diinginkan beliau agar skuad bimbingannya terus cemerlang musim ini. Kelantan bagaimanapun kehilangan dua pemain pertahanan iaitu Mohd Zairul Fitri Ishak dan Mohd Farisham Ismail akibat penggantungan kad kuning dalam perlawanan timbal balik di Kota Bharu, Isnin ini.

Sementara itu ketua jurulatih Selangor, K Devan ‘kehilangan suara’ dan tidak dapat memberikan kenyataan media selepas menyaksikan anak-anak buahnya tewas untuk kali ketiga di tangan Kelantan musim ini. “Kalah...kalah,” itu saja yang diperkatakannya selepas dilihat menjerit dan memberikan arahan kepada pemainnya sepanjang perlawanan berlangsung, malam tadi.

J.S.Park Lagenda Asia


DI Asia, kita mempunyai legenda bola sepak seperti Cha Bum Keun, Yasuhiko Okudera, Kunishige Kamamoto, Majid Abdullah dan Hidetoshi Nakata tapi pada pendapat saya Park Ji-Sung adalah yang terbaik. Seperti mana Pele, Diego Maradona, Johan Cruyff dan Franz Beckenbauer menjadi legenda bola sepak dunia, Ji Sung adalah legenda bola sepak terbaik Asia. Dia kini sudah hampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang keempat. Pasukan Manchester United hanya memerlukan satu lagi mata untuk digelar juara EPL musim 2010/2011



Sebelum ini Park juga pernah menjuarai Eredivise di Belanda sebanyak dua kali. Seorang pemain tengah yang begitu selesa di mana-mana bahagian padang, dia bukan saja kekal dengan tahap kecergasan tinggi tapi juga mempunyai kearifan taktikal yang luar biasa. Kebolehan ini meletakkan Park sebagai pemain istimewa buat Sir Alex Ferguson.

Thursday, 12 May 2011

Safee Di Perlukan



SKUAD bola sepak kebangsaan akan menguji Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa, 3 Jun ini tanpa penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi Che Mat namun penyerang berbisa Safee Sali di perlukan skuad kebangsaan.

Keputusan Rajagobal tidak menggunakan khidmat Khairul Fahmi serta enam lagi pemain skuad Olimpik iaitu Ahmad Fakri Saarani, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan yang sebelum ini mendapat tempat dalam skuad kebangsaan tidak mengejutkan.

Ini kerana beliau sudah membayangkan untuk mengetepikan pemain skuad Olimpik kendalian Ong Kim Swee bagi memberi laluan kepada rakan sejawatnya itu mengumpul pemain bagi persiapan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 berdepan Lubnan di Beirut, 19 Jun depan.
Untuk mengisi kekosongan ditinggalkan pemain skuad Olimpik itu, Rajagobal membawa masuk lima muka baru, Mohamad Hisyamudin Mohamed Shaari (Perak), Helmi Remeli, Ismail Faruqi Ashari, Abdul Hadi Yahaya (Terengganu) dan Muhamad Shahrom Abdul Kalam (Kuala Lumpur).

Pemain yang kembali diberi peluang menyarung jersi kebangsaan adalah Mohamad Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar (Kedah) Mohd Nasriq Baharom (Selangor), Mohd Nasril Mat Nourdin (Perak) dan Syed Adney Syed Hussein (Sabah).

Paling dinanti-nantikan semestinya pemain yang mencuri tumpuan dalam Liga Super Indonesia ketika ini, Safee Sali yang kembali bermain dengan skuad kebangsaan sejak menyertai kelab Pelita Jaya FC.
Kali terakhir Safee, penjaring terbanyak ketika Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu bersama skuad Hari Malaya ketika menang 2-0 dengan Hong Kong Februari lalu namun dia tidak beraksi ketika seri 1-1 dengan kelab Liga Singapura Etoile FC Mac lalu.

Skuad kebangsaan menjadikan perlawanan persahabatan dengan Hong Kong ini antara persiapan menghadapi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 menentang Taiwan pada 29 Jun dan 3 Julai.

Mancini Inginkan Fabregas



Roberto Mancini mahukan Cesc Fabregas untuk mengukuhkan kekuatan Manchester City bagi memburu kejuaraan Liga Perdana England musim depan. City meraih slot ke Liga Juara-Juara semalam hasil jaringan sendiri Peter Crouch, yang memberikan kelab Eastlands itu kemenangan 1-0 ke atas Tottenham.

Ketika ditanya pemain mana yang mampu membawa pasukannya bergelar juara liga musim depan, Mancini menjawab: 'Cesc Fabregas'. Ketua pasukan Arsenal itu sudahpun menjadi buruan Barcelona, kelab di mana dia memulakan karier namun Gunners menegaskan mereka tidak akan menjual pemain itu. Begitupun, Gunners pastinya sukar untuk menolak tawaran yang mencecah 50 juta pound (RM244 juta), yang akan menyebabkan Mancini berbelanja di City melepasi angka 200 juta pound (RM976.3 juta).

Mancini juga mahukan Zlatan Ibrahimovic, penyerang yang memenangi kejuaraan Serie A di Inter Milan.
Ibrahimovic, yang kini dipinjamkan di AC Milan dari Barcelona, mungkin melibatkan kos sekitar 20 juta pound (RM97.6 juta)

Kaka Bakal Ke Chelsea



Ibu kepada bintang Real Madrid, Kaka mengumumkan bahawa keluarganya akan berpindah ke London pada Ogos ini.

Kenyataan itu menimbulkan ura-ura mengenai kemungkinan pemain tengah Brazil itu akan menyarung jersi Chelsea menjelang sepak mula musim depan.

Ibu Kaka, Simone Leite dalam akaun Twitter miliknya menulis: "Musim depan kami akan berada di London. Kami akan berada di situ pada Ogos."

Kenyataan tersebut telah pun dipadamkan namun ia terlalu lewat untuk menghalang ia daripada disebarkan ke serata dunia bola sepak.

Kaka, 29, bukan lagi menjadi pilihan utama Jose Mourinho yang telah memeterai perjanjian membeli Nuri Sahin dari Borrusia Dortmund dengan harga 10 juta pound (RM48.9 juta).

Namun, Real tidak mahu membiarkan Kaka yang dibeli 57 juta pound (RM278.4 juta) daripada AC Milan pergi dengan murah.

Malah, dia menerima gaji sebanyak 200,000 pound (RM977,000) di Bernabeu

Barcelona Juara La Liga 2010/11


Hanya memerlukan satu mata untuk di nobatkan sebagai juara La Liga, Barcelona juara La Liga buat kali ketiga berturut-turut dari musim 2008/09. Keputusan seri perlawanan pagi tadi (05.11.2011) antara Barcelona menentang Levante sudah cukup memadai buat Barcelona muncul juara La Liga 2010/11.

Gol Barcelona di jaring kan oleh Keita pada minit ke 27' dan manakala gol Levante pada minit ke 41' oleh Caicedo. Kini hanya tinggal Piala Juara-Juara Eropah pada 28 Mei 2010 apabila gergasi Sepanyol, Barcelona akan bertandang ke Wembley, menentang Manchester United.

Wednesday, 11 May 2011

City Mara Ke Liga Juara-Juara Musim Hadapan



Gol jaringan sendiri oleh Peter Crouch memastikan Manchester City menempah tiket Liga Juara-Juara buat pertama kali selepas membenam Tottenham  Hotspurs 1-0 di Eastland lewat pagi tadi.
Crouch cuba mengeluarkan bola di dalam keadaan bahaya yang bermula daripada hantaran lintang James Milner tetapi ia sebaliknya menerjah ke jaring sendiri  pada minit ke-30 untuk sekaligus memberi kegembiraan buat Roberto Mancini.
Kejayaan ini turut dianggap manis buat anak buah Mancini kerana disamping mara ke saingan peringkat Eropah mereka juga berpeluang untuk menjuarai Piala FA  menentang Stoke City nanti.
City kini masih mempunyai peluang untuk memintas Arsenal di tangga ketiga dengan baki dua perlawanan dalam tangan sekaligus meraih tiket automatik serta  mengelak dari terpaksa beraksi dalam playoff.
"Kami akan dapat enam mata lagi untuk pastikan layak secara automatik, kami yakin mampu pintas Arsenal dalam dua baki perlawanan," ujar kapten City, Vincent  Kompany.
Nasib malang terus menimpa Spurs apabila gagal meraih kemenangan sepanjang 10 perlawanan yang ditempuhi, lebih memburukkan lagi keadaan ialah apabila Wilson  Palacios turut dibuang padang.
Dengan kecederaan pemain sayap Gareth Bale, serta prestasi merudum penjaga gol Heurelho Gomes ia nyata merungsingkan Harry Redknapp sehingga terpaksa  merombak banyak posisi di dalam skuadnya.
Di samping itu, City turut menerima perkhabaran gembira apabila pemain bintang mereka Carlos Tevez menunjukkan perkembangan positif sejak daripada pulih  kecederaan yang dialaminya.
Tevez bermain selama 7 minit babak akhir permainan dan dijangka bakal diturunkan pada final Piala FA menentang Stoke nanti.

Ronaldo Menghampiri Rekod Hugo Sanchez


Penjaring Terbanyak La Liga Cristiano Ronaldo menghampiri rekod Lagenda Real Madrid Hugo Sanchez dengan jumlah 36 gol setakat ini, rekod jaringan Hugo Sanchez pada tahun 1989/90 sebanyak 38 gol. Ronaldo membantu Real Madrid menewaskan Getafe 4-1 pada perlawanan pagi tadi, beliau telah melakukan hat-trick pada minit 24', 59'& 93' manakala Benzema minit 79'.

Malaysia Bakal Di Siasat FIFA



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka menerima kunjungan daripada pegawai pencegah rasuah FIFA minggu depan, tetapi mereka masih belum dimaklumkan mengenai perkara yang bakal disiasat, kata Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad kepada Reuters.

Menurut Azzuddin, beliau telah dihubungi oleh Chris Eaton, Isnin lalu selepas laporan media di sini kelmarin, yang mendedahkan ketua keselamatan FIFA akan menyiasat berhubung dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe yang diadakan pada 2009.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini. Cuma saya ada membacanya melalui laporan media, minggu lepas tetapi kami masih belum dimaklumkan oleh FIFA.

"Kami ada menghubungi Eaton semalam (kelmarin) dan katanya mereka akan datang, minggu depan. Katanya dia akan menghantar surat penjelasan dalam minggu ini," katanya kepadaReuters ketika dihubungi di sini, semalam.

Azzuddin berkata, lawatan itu mungkin ada kaitan dengan dua perlawanan pada 2009 yang dilucutkan status gred A pada pertemuan itu selepas mendapat tahu pasukan Zimbabwe hanya berstatus kelab.
Azzudin turut menafikan FAM membiayai kunjungan pasukan Zimbabwe ke Malaysia.

"Kami cukup jelas dengan perlawanan menentang Zimbabwe, yang mana kami telah pun dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Zimbabwe sendiri.

"Apabila anda menerima surat daripada persatuan bola sepak negara lain, adalah tidak beretika anda mempersoalkan mengenai skuad antarabangsa yang mereka hantar. Kami sama sekali tidak akan mempertikaikan mengenai pasukan berkenaan," katanya. - Reuters

Tuesday, 10 May 2011

Selangor Kembali Terajui Liga Super


Selangor merampas kedudukan teratas Liga Super daripada pasukan Kelantan, selepas ia menewaskan Kedah 2-0 pada pertemuan di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Pasukan Red Giants itu hanya bangkit pada babak kedua untuk mencari gol kemenangan menerusi Mohd Fadzil Saari pada minit ke-59 dan Rudie Ramli pada minit ke-87.

Kejayaan Selangor di bawah bimbingan jurulatih K.Devan itu membolehkan pasukan tersebut kini mengumpul 42 mata, tiga mata di hadapan pencabar terdekat Kelantan, yang sebelum ini mengungguli liga berdasarkan kelebihan gol, bagaimanapun sehingga semalam Selangor sudah mengharungi 19 perlawanan berbanding Kelantan 18.



Sedutan Perlawanan: Kedah menentang Selangor Liga Super 9 May 2011



Nuri Sahin Milik Real


Sahin secara rasmi menjadi pemain pertama yang dibeli Real Madrid untuk menghadapi musim depan. Pemain pasukan kebangsaan Turki tersebut dibawa oleh Los Blancos dari Borussia Dortmund, Sabtu 9 Mei 2011, dengan nilai 10 juta euro.

Messi Ingin Memintas Ronaldo



Jurulatih Barcelona, Josep Guardiola, semalam menagih kuasa magis Lionel Messi untuk mengatasi pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak Liga Sepanyol.

Ronaldo berjaya meledakkan empat gol untuk membantu pasukannya membelasah Sevilla 6-2, Sabtu lalu, bagi menjadikan koleksi jaringannya kepada 31 gol, dua jaringan lebih berbanding Messi dengan dua perlawanan berbaki.

"Messi sering mencari peluang untuk menjaringkan gol kerana dia merupakan pemain yang dilahirkan sebagai penyerang dan ia telah berada dalam darahnya."Pada separuh masa pertama, dia amat hebat. Ia merupakan salah satu persembahan terbaiknya, musim ini di mana dia berjaya mencipta banyak peluang jaringan.

''Dia berada di sini untuk merangkul gelaran dan cukup jelas dia merupakan pemain paling bahaya dalam pasukan," kata Guardiola.

Monday, 9 May 2011

Premier League Terbaik Buat Neymar



Jurulatih Brasil, Mano Menezes, menilai Premier League liga terbaik untuk anak didiknya, Neymar.
"Bola sepak Inggeris akan menjadikannya lebih mantap dan membantunya melepaskan diri dari pengawalan ketat. Saya tak melihat ada masalah," tambahnya.
Neymar saat ini bermain untuk Santos dan terikat kontrak sampai 2015. Menurut sumber berita di Inggeris, Chelsea dan Manchester City berminat menawarnya, akhir musim ini.


Chicharito Inspirasi MU


MU menghampiri kejuaraan Liga Perdana apabila menundukan Chelsea 2-1. Chicharito membuka jaringan pada minit 1', manakala Vidic menjaringkan gol kedua MU pada minit 23'. Gol Chelsea pula di jaringkan oleh Lampard minit 68'.

4 Gol Jaringan Ronaldo!!!


Real Madrid  6
Sevilla          2

Amukan Real membelasah Sevilla seperti melepaskan geram ke atas kekalahan mereka dalam pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara minggu lepas. Jaringan Real Madrid dimulakan oleh pertahanan Real iaitu Sergio Ramos 20', Kaka 41' dan Ronaldo 30', 64', 69' dan minit ke 74'. Manakala jaringan Sevilla pula dijaringkan oleh Negredo 60' dan 83'.

Sunday, 8 May 2011

"Suasana Kemeriahan Penyokong Liga Indonesia"


Sokongan para penyokong di Liga Indonesia terbukti kesungguhan mereka memberi sokongan pada kelab kesayangan mereka, kesangupan para penyokong sehingga terpaksa berdiri di tepi pandang untuk melihat kelab mereka beraksi.


Begitu fanatik penyokong-penyokong Liga Indonesia, itulah kemeriahan di suasana stadium yang menyaksikan perlawanan Liga Indonesia. Sokongan padu para penyokong yang ingin melihat kelab kesayangan mereka.

Gambar koleksi: Mr.Zack Rahim.

Pemain Persib Di Beri Latihan Khusus "MEWASPADAI SAFEE"


Akhbar TopSkor, Jumaat 11.Mac.2011KARAWANG - Striker anyar Pelita Jaya, Mohd Safee Sali, akan jadi perhatian ketika pasukannya menjamu Persib Bandung di Stadium Singaperbangsa, Sabtu (12 / 3).Maklum, nama Safee sebelumnya sempat disebut-sebut akan berlabuh di "Pasukan Maung Bandung" di pusingan kedua ini.Ternyata, pemain asal Malaysia itu malah bergabung ke Pelita Jaya.
Selain itu, debut manis yang sudah dipertontonkan Safee ketika menentang Johor FC membuat Persib akan mewaspadainya. Safee menjaringkan gol di laga debutnya, pekan lalu, dan mengantarkan "The Young Guns" menang 1-0.
"Ia memiliki kualiti yang bagus. Saya pernah bertemu di Piala AFF. Ia memiliki kelajuan dan sundulan yang bagus, "kata bek Persib yang juga pemain tim nasional Indonesia, Mamat Abdulrahman. "Kami harus mewaspadainya meski setakat ini belum ada Arahan khas. Gol yang ia ciptakan ke gawang Johor FC merupakan salah satu gol terbaik. "

*** Untuk maklumat lanjut, baca di TopSkor hari ini (12-13 Mac 2011) ***
Gambar akhbar koleksi Mr. Zack Rahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...