Saturday, 2 July 2011

"Saya Kecewa"


“Saya kecewa". Itulah ungkapan yang diluahkan, Safee Sali selepas gagal beraksi cemerlang ketika Malaysia menewaskan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 akibat kecederaan.  Tambah memeritkan baginya apabila terpaksa menerima hakikat kecederaan di belakang lututnya itu bakal menghalangnya diturunkan bagi perlawanan timbal balik di gelanggang lawan Ahad ini.


“Saya tidak boleh meneruskan permainan kerana sakit di bahagian belakang lutut ini. Ia kecederaan yang sama dialami ketika berlatih sebelum perlawanan ini". Tambahnya lagi “Saya memang kecewa dan tidak puas hati dengan persembahan sendiri tapi apa boleh buat, kecederaan ini membataskan pergerakan saya,” katanya.

Thursday, 30 June 2011

90'minit Pertama Menepati Ramalan


Permulaan baik dilakar skuad Harimau Malaya pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 apabila mencipta kemenangan 2-1 ke atas Taiwan semalam namun hakikat yang terpaksa ditelan, ranjau masih berliku menanti mereka kerana kedudukan itu belum selesa buat anak buah Datuk K Rajagobal.


Harimau Malaya tidak sepatutnya membenarkan Taiwan pulang dengan satu gol yang hanya meletakkan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal tidak terlepas menghadapi situasi cemas, sekalipun menang di Bukit Jalil, semalam. Apa pun, dua gol hasil jaringan kapten, Safiq Rahim minit 28' dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak minit 55' pada setiap babak permainan menepati sasaran awal jurulatih dan keputusan seri dalam perlawanan kedua nanti sudah memadai untuk mengharungi halangan berikut menentang pasukan tetangga, Singapura.


Kealpaan benteng pertahanan ketika selesa mendahului dua gol, memudahkan Taiwan mendapat satu gol hasil jaringan Chen Po-Liang minit 76' pastinya amat berharga mengambil kira gol di tempat lawan. Biarpun tidak berpuas hati dengan pemain pertahanannya yang dikatakan 'tidur' oleh Rajagobal sehingga pintu gawang mereka dibolosi, namun Rajagobal masih yakin skuad Harimau Malaya mampu melepasi halangan perlawanan kedua di Taiwan Ahad ini.

Monday, 27 June 2011

"Wan Kuzain Bintang Muda"


Wan Kuzain, bintang muda yang mempunyai bakat semulajadi ditambah dengan komitemen berterusan, mungkin juga corak latihan dan pengurusan yang betul dalam pembangunan bola sepak di peringkat bawahan di US sana, apa yang boleh dikatakan permainan Wak Kuzain Wan Kamal agak menakjubkan jika diukur usia mudanya ketika ini,


Persoalannya, adakah Wan Kuzain akan balik ke Malaysia suatu hari nanti? Kalau ikut peraturan FIFA memang ada kebenaran bagi Wan Kuzain bermain untuk pasukan Malaysia suatu hari nanti sebab keluarganya adalah warganegara Malaysia. Sama juga situasi yang dialami Syed Adney yang dilahirkan di Liverpool tetapi masih tetap mewakili pasukan Malaysia.


Bapanya sendiri bukannya orang lain dalam dunia bola sepak. Wan Kuzain adalah anak kepada ,Wan Kamal Wan Napi bekas pemain pasukan Harimau Malaysia di era tahun 80 an. Sekarang ini mereka berada di Carbondale, Illinois, USA.


Sekiranya bakat semula jadi yang ada pada bintang muda ini tidak di titik berat oleh pihak FAM, kemungkinan besar kita akan kehilangan seorang bintang berbakat serta kita akan melihat beliau akan beraksi bersama pasukan Amerika Syarikat.

Aura Kebangkitan


Aura kebangkitan yang disuntik dalam skuad kebangsaan berikutan kejayaan menamatkan kemarau kejuaraan bertahun-tahun lamanya di peringkat Asia Tenggara membuatkan penyerang berbisa, Safee Sali  yakin skuad kendalian Datuk K Rajagobal mempunyai ramuan terbaik untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.


Menurutnya, Malaysia, pasukan di ranking ke 143 dunia memiliki kemampuan untuk menundukkan dua lawan pusingan awal, Taiwan (160) dan Singapura (144) untuk memastikan tempat bersaing dalam peringkat kumpulan pusingan kelayakan itu.


 Secara realistik, saya yakin skuad kebangsaan boleh melepasi pusingan kedua dan bersaing dengan pasukan terbaik Asia. Mungkin selepas itu kita boleh buat kejutan kerana jika kita bermain dalam peringkat kumpulan, kita akan berusaha melakukan yang lebih baik.


Saya harap skuad kebangsaan boleh melangkah sejauh yang boleh pada pusingan kelayakan ini, katanya yang mencipta nama selaku penjaring terbanyak ketika membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu buat kali pertama sejak 1996.

Sunday, 26 June 2011

"Dua Nama Satu Tujuan"


Datuk K.Rajagobal dan Ong Kim Swee, dua nama yang mempunyai misi masing-masing dengan satu tujuan mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia dipentas antrabangsa. Anak jati tempatan yang bertangunjawab merealisasikan transfomasi terhadap kejayaan bola sepak Malaysia.

Bermula dengan Datuk K.Rajagobal membawa pasukan kebangsaan Malaysia atau dikenali Harimau Malaya memenangi pingat emas dalam acara bola sepak sukan sea 2009 Laos, Vietnam setelah 20 tahun tidak memenangi dalam acara itu. Beliau juga melakukan satu lagi kejutan apabila membawa pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, buat pertama kali sejak diperkenalkan pada tahun 1996. dan kini beliau memikul tangunjawab membawa pasukan kebangsaan pada kelakyakan pra Piala Dunia 2014.

Ong Kim Swee, satu lagi nama yang diberi tangunjawab oleh FAM memikul tugas sebagai jurulatih pasukan muda kebangsaan U23 untuk menghadapi kelayakan sukan Olimpik 2012 London, England, serta sukan sea 2011 Palembang, Indonesia. Pada kelayakan sukan Olimpik 2012 beliau telah berjaya membawa pasukan Olimpik Malaysia ataupun Harimau Muda Malaya melepasi ke pusingan ketiga yang dimana akan dijalankan secara berkumpulan bersama gergasi Asia pada bulan september ini. Beliau juga akan membawa cabaran untuk mempertahankan pingat emas disukan sea 2011 Palembang, Indonesia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...