Saturday, 11 June 2011
Safee Sali Tersenarai Pertandingan Perang Bintang ISL
Pertandingan Perang Bintang iaitu pilihan bintang-bintang yang beraksi di dalam Indonesia Super League menentang Juara Indonesia Super League Persipura Jayapura pada 26 Jun 2011. Pilihan bintang ini di tentukan peminat Indonesia sendiri melalui SMS , Nama Safee Sali bintang Pelita Jaya tersenarai 18 pemain dalam pilihan Perang Bintang.
Namun, kemungkinan besar Safee Sali terpaksa menarik diri didalam pertandingan Perang Bintang kerana akan memikul tugas besar pada kelayakan Pra Piala Dunia apabila Malaysia Menentang Taiwan pada 29 Jun 2011.
Petitkan dari: Zack Rahim Pengurus Safee Sali.
Jurulatih Jepun Menasihatkan Pemain Berhijrah ke Luar Negara
Jurulatih Jepun, Alberto Zaccheroni menasihatkan pemainnya untuk berhijrah ke luar negara dalam usaha membentuk pasukan mantap bagi melakukan impak pada Piala Dunia Brazil 2014.
Skuad Samurai Biru itu kini mempunyai 11 pemain yang berpangkalan di Eropah dalam skuad 25 pemain yang beraksi pada Piala Kirin dengan penyerang Takashi Usami dan Tadanari Lee dijangka berpindah ke Jerman.
Shinji Kagawa berjaya menarik minat Manchester United namun terpaksa diketepikan kerana masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan kaki ketika membantu Jepun merekod kejuaraan Piala Asia keempat, Januari lalu.
Pemain tengah, Yasuhito Endo yang beraksi bersama kelab Liga J, Gamba Osaka berkata, Zaccheroni percaya pemain Jepun harus menimba pengalaman di luar negara untuk meningkatkan prestasi.
“Saya mendengar bermacam-macam cerita mengenai Itali daripada jurulatih,” kata Endo kepada Nikkan Sports. “Saya menyerahkan urusan itu kepada ejen tapi bukan saya seorang saja yang mendapat nasihat daripada jurulatih. Beliau mahu kami bermain di peringkat lebih tinggi.” Zaccheroni, yang memainkan peranan dalam urusan perpindahan pemain pertahanan, Yuto Nagatomo ke Inter Milan mahu semua pemain berada di tahap terbaik apabila bersama dengan skuad Jepun. “Aksi dengan kelab tidak sama kerana mereka mempunyai masa yang singkat bersama skuad Jepun,” kata Zaccheroni. “Akibat perbezaan jadual liga Eropah dan Liga J, tahap prestasi pemain berbeza. “Saya mahu mereka berada di tahap prestasi sama apabila menggalas tugas antarabangsa.”
£41 juta Pound Nilai Neymar
Chelsea terpaksa membayar £41 juta (RM200 juta) jika mengidamkan khidmat bintang Brazil, Neymar. Amaran itu hadir daripada ejen penyerang muda itu, Wagner Ribeiro yang mendakwa semua kelab ternama dunia kini hangat memburu mutiara baru itu bagi musim baru. Kini dia hanya meninggalkan kelab jika ada tawaran tidak kurang daripada £41 juta. “Tahun lalu Santos menerima tawaran £32 juta (RM156 juta) daripada Chelsea tapi ia ditolak.
“Neymar seperti Messi. Dia akan menjadi pemain terbaik dunia tidak lama lagi kerana dia berbeza daripada pemain lain.
“Dia hanya 19 tahun dan kelab besar sudah mahu mengejarnya.” Selain Nyemar, Chelsea juga mahu melengkapkan pembelian mendapatkan Romelu Lukaku, 18, yang dikatakan bernilai £20 juta (RM100 juta) minggu ini serta rakan senegaranya dari Belgium, Kevin de Bruyne.
Thursday, 9 June 2011
Eiji Kawashima Berhasrat Ke West Brom
Penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima menyimpan hasrat berhijrah ke kelab Liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion, menurut laporan media tempatan semalam.
“Semua urusan berjalan lancar dan saya harap urusan perpindahan akan selesai sebelum akhir Jun ini,” kata Kawashima kepada akhbar Sankei Sports.
“Ia penting untuk dapat beraksi tapi sudah pasti saingan Liga Perdana lebih tinggi,” tambah pemain berusia 28 tahun itu. “Meskipun saya hanya menjadi penjaga gol simpanan di West Brom, saya masih mahu mencuba nasib.”
Menurut Kawashima, bermain menentang penjaga gol Chelsea, Petr Cech di Yokohama memberi suntikan semangat kepadanya. “Ia pengalaman yang baik untuk saya bermain di peringkat itu.” Penjaga gol utama Jepun itu akan menjadi pemain kedua dari negaranya bermain bersama West Brom jika perpindahan itu berjaya selepas pemain tengah Junichi Inamoto.
Sentuhan Terakhir "Ronaldo"
Karier Ronaldo dengan pasukan kebangsaan Brazil berakhir dengan penuh emosi apabila dia dikeluarkan ketika perlawanan bola sepak persahabatan menentang Romania, kelmarin. Penyerang itu muncul buat seketika perlawanan tersebut, iaitu dari minit ke-30 sehingga tamat babak pertama, sebelum dia diberi penghormatan dalam satu upacara yang mengiktiraf sumbangannya kepada skuad 'Selecao'. Brazil memenangi perlawanan tersebut 1-0 , iaitu aksi terakhir sebelum bermula Copa America hasil jaringan Fred pada dalam babak pertama.
Dia masih memegang rekod Penjaring Terbanyak Piala Dunia dengan 15 gol. Hanya Pele menjaringkan lebih banyak gol buat Brazil daripada Ronaldo. Pemain daripada kedua-dua pasukan berbaris di tepi padang dan memberikan tepukan buat Ronaldo ketika dia meninggalkan padang.
Ronaldo kemudiannya meletakkan bendera Brazil pada belakangnya sambil memegang bola, berjalan di sekeliling Stadium Pacaembu bagi memberi penghormatan kepada peminat. Penonton turut membawa sepanduk yang tertulis setiap 15 gol yang dijaringkan Ronaldo pada Piala Dunia.
"Terima kasih atas semua yang anda buat demi saya sepanjang karier saya. "Terima kasih kerana menerima saya seadanya, kerana menangis apabila saya menangis dan kerana tersenyum ketika saya tersenyum," kata Ronaldo ketika berucap kepada penyokong dari padang. Peminat dengan lantang menyorakkan nama penyerang itu apabila dia menuju bilik persalinan buat kali terakhir.
"Hanya ada satu Ronaldo," demikian tertulis pada sepanduk yang dibawa penyokong.
Harimau Malaya Menentang Myanmar Di Kota Bharu
SKUAD bola sepak kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal akan berkunjung ke Kota Bharu bagi mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Myanmar, 18 Jun ini selepas FAM bersetuju mengadakan perlawanan itu di luar Lembah Klang. Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad keputusan dibuat selepas mempertimbangkan permohonan rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menganjurkan perlawanan itu di Stadium Sultan Mohamed ke-IV.
“Keputusan ini akan memberi peluang kepada penyokong skuad kebangsaan di Pantai Timur melihat aksi pemain negara. Malah selepas perbincangan dengan Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah), selepas ini mana-mana persatuan negeri yang mahu menjadi tuan rumah perlawanan persahabatan antarabangsa boleh berbuat demikian asalkan stadium yang digunakan menepati standard yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media semalam. Azzuddin berkata, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sudah memberikan kelulusan bagi perlawanan itu diadakan di stadium yang mempunyai kapasiti penonton sebanyak 18,000.
Skuad kebangsaan Myanmar yang dibimbing jurulatih Milan Zivadenovic akan tiba di Kota Bharu pada 16 Jun sementara skuad Malaysia akan berkumpul pada 15 Jun bagi sesi latihan pusat di Wisma FAM Kelana Jaya sebelum bertolak ke venue perlawanan pada 17 Jun.
Perlawanan persahabatan itu antara rangka persiapan Rajagobal dalam menyediakan skuad terbaik menjelang perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil 29 Jun ini dan akan bertandang ke gelanggang lawan pada 3 Julai.
Tiket bagi perlawanan di Kota Baharu berharga RM15 bagi tempat duduk terbuka, RM30 hingga RM50 bagi Grand Stand dan RM5 untuk kanak-kanak.
MU "Resah"
Ketika situasi tampak samar-samar, sama ada akan mendapat khidmat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder - Manchester United kini ‘terjerat’ dengan satu lagi situasi terbaru. Mereka tertekan melihat gelagat Real Madrid yang mahu memancing ayam tambatan mereka, Javier Hernandez sehingga sanggup meningkatkan tiga kali ganda gaji mingguan kepada £75,000 (RM367,500). Lebih menyakitkan Real meminta United meletakkan harga jualan mereka untuk penyerang lincah bergelar ‘Chicharito’ atau Little Pea itu yang kini antara pemain paling terendah bayaran iaitu £25,000 (RM122,500) seminggu.
Sebelum ini, United dan Manchester City bersaing untuk menandatangani Sneijder, 27, yang menyatakan hasrat untuk berpindah dari Inter musim panas ini dan menjadikan England tempat barunya beraksi. Pengurus United Alex Ferguson sudah memburu untuk mendapatkan khidmatnya setiap tahun dan percaya Sneijder adalah calon terbaik dan sempurna untuk menggantikan Paul Scholes di Old Trafford.
Tetapi tuntutan Sneijder yang mahukan gaji £200,000 seminggu (RM980,000) sukar dipenuhi United, sekali gus menyaksikan Chelsea kini pilihan terbaiknya berbanding City. Ketika Chelsea yakin dapat memikat Guus Hiddink sebagai bos mereka minggu depan, The Blues menyertai persaingan bernilai 30 juta pounds (RM147 juta) untuk mendapatkan Sneijder - atas nasihat jurulatih itu.
Chelsea Berbelanja 90 Juta Pound
Luka Modric, Alexis Sanchez serta sasaran utama, Neymar mengetuai senarai bintang yang ingin dibawa masuk pemilik Chelsea, Roman Abramovich musim depan dengan kesemuanya bakal memaksa jutawan Rusia itu berbelanja 90 juta pound (RM455 juta).
Malah terbaru, bintang tengah Inter Milan dan Belanda, Wesley Sneijder turut berada dalam senarai gergasi bola sepak Liga Perdana England itu, sekali gus bakal menjadikan mereka sebagai kelab yang paling banyak berbelanja andai semua pemain yang diburu itu mampu dimiliki. Abramovich membenarkan sepasukan penasihat, eksekutif kelab dan ejen untuk terus mendapatkan perjanjian sepanjang pasaran perpindahan dibuka untuk membina semula sebuah pasukan yang lebih mantap sebelum musim baru bermula.
Tiada satupun daripada perjanjian itu sudah memasuki peringkat terakhir, tetapi tawaran sudah dilakukan dalam usaha Chelsea menambah tenaga muda dan kreativiti untuk menajamkan pasukan. Abramovich memerlukan pemain yang mampu memberi sokongan terbaik kepada bintang penyerang Sepanyol, Fernando Torres yang dibeli dengan harga 50 juta pound (RM247 juta), Januari lalu.
Chelsea menyedari, masalah terbesar yang dihadapi Torres musim lalu adalah kurang mendapat sokongan dari rakan-rakan pasukan, justeru mereka merancang untuk membuat perubahan, biarpun sehingga hari ini kelab London itu belum melantik pengurus baru.
Isu Rasuah Kembali
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyerahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatannya (JKPT) untuk menentukan bentuk tindakan susulan berdasarkan keputusan mahkamah berhubung pertuduhan rasuah ke atas jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan.
Ditanya sama ada semua keputusan Piala Presiden musim ini bakal digantung atau dirombak, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam, secara ringkas berkata: "Ia terpulang kepada jawatankuasa itu."
Beliau enggan mengulas lanjut memandangkan kes itu akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Seremban 7 Julai ini, dikhuatiri akan mengganggu proses perbicaraan. Kelmarin, jurulatih berkenaan, Yusarman Yusof, 35, mengaku tidak bersalah di mahkamah itu atas 21 pertuduhan menyogok 11 pemainnya, antara RM200 hingga RM2,000 bagi perlawanan menentang SDM Navy di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21 April lalu.
Wednesday, 8 June 2011
Shinji Kagawa Tumpuan MU
Bintang Jepun dan Borussia Dortmund, Shinji Kagawa kembali menjadi tumpuan Manchester United selepas kembali daripada rehat empat bulan akibat kecederaan kaki, menurut laporan kelmarin. Kagawa, yang menjaringkan lapan gol dalam 17 perlawanan Bundesliga selepas berpindah daripada pasukan Liga-J, Cerezo Osaka pada awal musim lalu.
Sir Alex Ferguson bercadang menghantar sekumpulan pemerhati untuk mengikuti pemain serangan tengah berusia 22 tahun itu di Dortmund musim depan, menurut akhbar harian Nikkan Sports.
Skuad Olimpik Harimau Malaya "TUMBANG"
Skuad Olimpik Malaysia tumbang 1-0 kepada skuad kebangsaan Kemboja dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Phnom Penh. Turun dengan harapan besar mampu menjinakkan tuan rumah dengan mudah, sebaliknya pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu tewas.
Asakan skuad Olimpik yang dalam rangka persiapan bertemu Lubnan bagi pusingan kedua Kelayakan Sukan Olimpik 2012 hampa sekalipun memperolehi lebih 10 penjuru dan sepakan percuma dari jarak lingkungan 25 meter. Igauan ngeri buat Harimau Malaya terpapar apabila tersentak dengan dibolosi pada minit ke-10 akibat kesilapan pemain negara.
Penyerang lawan, Kouch Sokumpheak yang memperdayakan dua pertahanan negara dalam kotak penalti sebelum merembat rendah melepasi bawah badan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Peluang dicipta Malaysia untuk menyamakan kedudukan namun penyudahan yang tumpul.
Fandi Othman turut melepaskan beberapa peluang dengan menyepak tinggi bola di depan gol. Malaysia mengakhiri separuh masa pertama dengan cubaan Fadhli Shas tepat kearah penjaga gol. Tidak banyak perubahan dalam corak permainan Malaysia meskipun membuat romabakan pemain di bahagian hadapan.
Keadaan bertambah buruk apabila hujan lebat turun sejak 20 minit terakhir. Situasi ini menyukarkan pasukan yang diperkuatkan dengan sebahagian besar pasukan Harimau Muda A itu di atas padang becak. Sebaliknya, Kemboja pula mampu memberi tekanan kepada pertahanan negara.
Tuesday, 7 June 2011
'Yang Terbaik'
Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, bagi memastikan pemain di akademi itu berkualiti tinggi, pengambilan bakat-bakat muda tidak diambil secara sewenang-wenangnya. Hanya yang terbaik dan berbakat akan mendapat tempat di Akademi Bola Sepak Kuala Lumpur yang bakal mendapat suntikan kepakaran kelab Liga Perdana England, Liverpool.
Menurut Astaman, pihaknya juga akan menawarkan biasiswa kepada para pemain yang terpilih menyertai akademi tersebut yang berusia Bawah 14, 15, 16 dan 17. Jelasnya, selain mendapat suntikan kepakaran Liverpool FC, akademi yang terletak di Taman Melawati berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 turut menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap.
Kemudahan yang disediakan termasuk sebuah padang bola sepak dan gelanggang futsal mengikut spefikasi FIFA, bilik penginapan, bilik kuliah, pusat terapi dan pemulihan, pusat kecergasan, bilik wap dan sauna serta kemudahan sukan lasak. Katanya, para pemain yang berada di akademi itu juga berpeluang untuk dihantar bagi menimba ilmu di Liverpool.
Kelantan Menghampiri Gelaran Liga
Kelantan terus mengorak langkah besar untuk memburu kejuaraan Liga Super buat kali pertama selepas mengecewakan Terengganu 3-0 di gelanggang lawan pada ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan. Malah, kemenangan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin semalam memberi kelebihan psikologi buat skuad bimbingan Datuk M. Karathu menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Bukit Jalil, Sabtu ini.
Beraksi di hadapan lebih 10,000 penyokong sendiri, anak didik Irfan Bakti tidak mampu membendung asakan hebat pelawat yang diketuai penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha. Ketiadaan Ashaari Samsudin yang digantung satu perlawanan juga menjejaskan corak permainan tuan rumah sehingga mengakibatkan dua lagi penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat seakan kehilangan punca pada babak pertama.
Bermula separuh masa kedua, tuan rumah mula menampilkan aksi yang lebih kemas, namun masih gagal memecah kebuntuan untuk memperoleh sekurang-kurang gol penyamaan, sebaliknya Norshahrul Idlan bijak menyempurnakan peluang untuk gol kedua pelawat pada minit ke-72. Norshahrul sekali lagi menjadi duri dalam daging Terengganu apabila menghukum kealpaan tuan rumah dengan gol ketiga pada masa kecederaan, sekali gus menghapuskan sisa perjuangan skuad Penyu.
Selangor Berpesta Gol
Selangor yang membuktikan kesungguhan untuk mengejar pendahulu apabila membelasah pasukan tercorot, Perlis 7-1 di Stadium Shah Alam.
Selangor garang mendahului 5-0 pada babak pertama di Shah Alam dengan Mohd. Asrarudin Putra Omar mengetuai amukan skuad Merah Kuning apabila meledakkan empat gol, manakala Rudie Ramli, Fitri Syazwan Raduan dan Mohd. Amirul Hadi Zainal masing-masing menambah satu gol.
Azmizi Azmi tidak mampu melegakan kesengsaraan Perlis biarpun berjaya memperoleh gol saguhati pelawat pada minit ke-75. Selangor kini menghambat Kelantan dengan dua mata di belakang ketika saingan berbaki dua perlawanan. Kelantan mengumpul 50 mata selepas 24 perlawanan, diikuti Selangor 48, manakala Terengganu jatuh ke tangga ketiga dengan 47 mata.
Negeri Sembilan 'Amuk'
Negeri Sembilan mengamuk di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi apabila membelasah T-Team 4-0, bagaimanapun perlawanan semalam dicemari dengan dua layangan kad merah, yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain.
S. Kunalan meletakkan tuan rumah di depan seawal minit pertama permainan, sebelum Firdaus Azizul menambah dua gol pada minit ke-22 dan 42, manakala Hairuddin Omar melengkapkan gol keempat pada minit ke-46.
Monday, 6 June 2011
Datuk K Rajagobal Tidak Kisah
JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak kisah jika ada pihak menganggap prestasi pemainnya merosot berdasarkan keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong dalam aksi perlawanan persahabatan Jumaat lalu.
Ini kerana beliau berpendapat, keputusan yang dicapai dalam tempoh persiapan skuad negara ketika ini tidak memberi sebarang makna sebaliknya yang penting adalah pertemuan dengan Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 29 Jun depan.
Bagaimanapun, Rajagobal tidak dapat bersama skuad ke Hong Kong kali ini kerana menerima penganugerahan pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kelmarin.
“Saya berpuas hati dengan persembahan pemain, mereka bermain bersungguh-sungguh. Saya tidak boleh membuat penilaian ke atas pemain baru berdasarkan satu perlawanan ini saja. Mereka kena beraksi konsisten sekurang-kurangnya lebih 10 perlawanan, baru saya boleh tahu sama ada pemain ini boleh bermain di peringkat antarabangsa,” kata Rajagobal.
50 Juta Pound Tawaran Buat Cesc Fabregas
Inter Milan menjadikan persaingan merebut Cesc Fabregas semakin sengit selepas pemilik kelab, Massimo Moratti sedia menawarkan 50 juta pound (RM247 juta) bagi mendapatkan bintang tengah Arsenal itu.
Langkah terbaru Moratti untuk memancing Fabregas menguatkan lagi spekulasi bahawa gergasi bola sepak Itali itu bersedia melepaskan bintang tengah Belanda, Wesley Sneijder yang dimahukan oleh Manchester United. Malah, pengumuman Inter itu turut memberi tamparan baru buat Barcelona, yang terlebih dulu menyuarakan hasrat untuk membawa Fabregas kembali ke Sepanyol.
Pelita Jaya Di Tewaskan Persija Jakarta
Kekalahan nipis 1-0 pada Persija Jakarta, akibat mutu pengadilan yang kurang memuaskan tercetus gol kontrovesi di mana penjaga gol Pelita Jaya, Kadek Wardana di hadang oleh pemain Persija, Nwokolo terus menanduk masuk pada minit 61'.
Penyerang berbisa Pelita Jaya, Safee Sali yang baru pulang dari Hong Kong menyertai skuad kebangsaan pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong jumaat lalu diturunkan pada separuh masa kedua untuk merobek gawang Persija malang nya beliau dikawal rapi oleh pertahanan Persija, Precious.
Barisan, tengah Pelita Jaya jelas tidak berfungsi dengan sempurna pada perlawanan tersebut menyebabkan tiada ruang buat Safee Sali untuk merobek gawang Persija walaupun beliau dikawal ketat. Pada minit 79' Pelita Jaya berpeluang menghasilkan gol namun sepakkan Ramirez dapat di halang penjaga gol Persija, Hendro Kartiko. Perlawanan berkesudahan Persija Jakarta 1-0 Pelita Jaya .
Subscribe to:
Posts (Atom)