Thursday, 9 June 2011

Sentuhan Terakhir "Ronaldo"



Karier Ronaldo dengan pasukan kebangsaan Brazil berakhir dengan penuh emosi apabila dia dikeluarkan ketika perlawanan bola sepak persahabatan menentang Romania, kelmarin. Penyerang itu muncul buat seketika perlawanan tersebut, iaitu dari minit ke-30 sehingga tamat babak pertama, sebelum dia diberi penghormatan dalam satu upacara yang mengiktiraf sumbangannya kepada skuad 'Selecao'. Brazil memenangi perlawanan tersebut 1-0 , iaitu aksi terakhir sebelum bermula Copa America hasil jaringan Fred pada dalam babak pertama.


Ronaldo, 34, bersara pada Februari lalu selepas mengharungi karier selama 18 tahun. Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tiga kali ini mewakili Brazil dalam empat Piala Dunia dan memenangi dua daripadanya.
Dia masih memegang rekod Penjaring Terbanyak Piala Dunia dengan 15 gol. Hanya Pele menjaringkan lebih banyak gol buat Brazil daripada Ronaldo. Pemain daripada kedua-dua pasukan berbaris di tepi padang dan memberikan tepukan buat Ronaldo ketika dia meninggalkan padang.

Ronaldo kemudiannya meletakkan bendera Brazil pada belakangnya sambil memegang bola, berjalan di sekeliling Stadium Pacaembu bagi memberi penghormatan kepada peminat. Penonton turut membawa sepanduk yang tertulis setiap 15 gol yang dijaringkan Ronaldo pada Piala Dunia.



"Terima kasih atas semua yang anda buat demi saya sepanjang karier saya. "Terima kasih kerana menerima saya seadanya, kerana menangis apabila saya menangis dan kerana tersenyum ketika saya tersenyum," kata Ronaldo ketika berucap kepada penyokong dari padang. Peminat dengan lantang menyorakkan nama penyerang itu apabila dia menuju bilik persalinan buat kali terakhir.

"Hanya ada satu Ronaldo," demikian tertulis pada sepanduk yang dibawa penyokong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...