Tuesday, 7 June 2011

Selangor Berpesta Gol


Selangor yang membuktikan kesungguhan untuk mengejar pendahulu apabila membelasah pasukan tercorot, Perlis 7-1 di Stadium Shah Alam.



Selangor garang mendahului 5-0 pada babak pertama di Shah Alam dengan Mohd. Asrarudin Putra Omar mengetuai amukan skuad Merah Kuning apabila meledakkan empat gol, manakala Rudie Ramli, Fitri Syazwan Raduan dan Mohd. Amirul Hadi Zainal masing-masing menambah satu gol.

Azmizi Azmi tidak mampu melegakan kesengsaraan Perlis biarpun berjaya memperoleh gol saguhati pelawat pada minit ke-75. Selangor kini menghambat Kelantan dengan dua mata di belakang ketika saingan berbaki dua perlawanan. Kelantan mengumpul 50 mata selepas 24 perlawanan, diikuti Selangor 48, manakala Terengganu jatuh ke tangga ketiga dengan 47 mata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...