Penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima menyimpan hasrat berhijrah ke kelab Liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion, menurut laporan media tempatan semalam.
“Semua urusan berjalan lancar dan saya harap urusan perpindahan akan selesai sebelum akhir Jun ini,” kata Kawashima kepada akhbar Sankei Sports.
“Ia penting untuk dapat beraksi tapi sudah pasti saingan Liga Perdana lebih tinggi,” tambah pemain berusia 28 tahun itu. “Meskipun saya hanya menjadi penjaga gol simpanan di West Brom, saya masih mahu mencuba nasib.”
Menurut Kawashima, bermain menentang penjaga gol Chelsea, Petr Cech di Yokohama memberi suntikan semangat kepadanya. “Ia pengalaman yang baik untuk saya bermain di peringkat itu.” Penjaga gol utama Jepun itu akan menjadi pemain kedua dari negaranya bermain bersama West Brom jika perpindahan itu berjaya selepas pemain tengah Junichi Inamoto.
No comments:
Post a Comment