Jurulatih Barcelona, Josep Guardiola, semalam menagih kuasa magis Lionel Messi untuk mengatasi pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak Liga Sepanyol.
Ronaldo berjaya meledakkan empat gol untuk membantu pasukannya membelasah Sevilla 6-2, Sabtu lalu, bagi menjadikan koleksi jaringannya kepada 31 gol, dua jaringan lebih berbanding Messi dengan dua perlawanan berbaki.
"Messi sering mencari peluang untuk menjaringkan gol kerana dia merupakan pemain yang dilahirkan sebagai penyerang dan ia telah berada dalam darahnya."Pada separuh masa pertama, dia amat hebat. Ia merupakan salah satu persembahan terbaiknya, musim ini di mana dia berjaya mencipta banyak peluang jaringan.
''Dia berada di sini untuk merangkul gelaran dan cukup jelas dia merupakan pemain paling bahaya dalam pasukan," kata Guardiola.
No comments:
Post a Comment