Monday, 4 July 2011
Tekanan Debaran & Saat Mencemaskan
Harimau Malaya terpaksa mengharungi tekanan debaran & saat mencemaskan sebelum layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia, menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan walaupun tewas 3-2 kepada Taiwan di Stadium Perbandaran Taipei, keputusan sepenuhnya agregat 4-4.
KETUA jurulatih Harimau Malaya yang jelas berang dengan barisan pemain negara berkata, walaupun skuad kebangsaan berjaya ke pusingan kedua, namun, beliau masih tetap tidak berpuas hati terhadap persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya.
“Memang kita layak ke pusingan kedua tetapi kita tidak bermain dengan corak sebenar sehingga tewas pada perlawanan timbal balik ini,”
"Dua kali kita mendahului pihak lawan, tetapi pemain kita mudah hilang tumpuan serta ketahanan mental serta fizikal yang cukup ketara jelas kelihatan."
“Selama menjadi jurulatih, ini kali pertama ada tiga penalti ke atas pasukan saya tetapi satu penalti untuk kita dinafikan. Saya tidak mahu salahkan sesiapa dan berjanji skuad negara akan bangkit pada pusingan kedua nanti.” kata Datuk K Rajagobal.
Harimau Malaya layak ke pusingan kedua dengan agregat 4-4 menang hasil peraturan gol tempat lawan (Taiwan), akan menentang Singapura dipusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia pada 23 Julai di Singapura manakala perlawanan kedua timbal balik dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment